Utusan Borneo (Sarawak)

ELIT Warrior menjamu anak yatim dan pelajar tahfiz

-

MIRI: Anak yatim dari Pusat Jagaan Anak Kesayangan Kami (PJAKK) Miri serta pelajar tahfiz Masjid An Naim Lutong diraikan pada majlis berbuka puasa barubaru ini.

Pengerusi penganjur daripada ELIT Warrior Sarawak dan Brunei Amirah Raduan berkata, ini adalah kali pertama pihaknya melaksanak­an projek kebajikan untuk meraikan golongan terbabit.

“Pada bulan Ramadan yang mulia ini, kami juga mengambil kesempatan meraikan kegembiraa­n bersama anak yatim dengan menyalurka­n bantuan kepada mereka,” katanya di sini.

Menurutnya, meskipun majlis sedemikian sudah menjadi kebiasaan pada bulan Ramadan, namun paling penting ialah usaha membudayak­an amalan bersedekah kepada golongan memerlukan.

“Kami juga gembira dapat menceriaka­n wajah anakanak yatim dan pelajar tahfiz ini dengan memberi sedikit sumbangan kepada mereka menjelang Syawal nanti,” jelasnya.

Seramai 40 anak yatim dan 28 pelajar tahfiz masingmasi­ng menerima barangan kelengkapa­n Hari Raya Aidilfitri seperti songkok, tudung, biskut, turban dan sebagainya.

Selain itu, turut diadakan majlis sambutan hari jadi anak- anak yatim dengan upacara simbolik memotong kek dan hiasan belon angin.

Sebelum ini, pasukan sama telah menyampaik­an sumbangan kepada 60 anak yatim dari Pusat Jagaan Nur Murni di Batu Kawa, Kuching.

Sementara itu, Pengurus PJAKK Jasmi Rimon bersyukur dengan kehadiran dermawan daripada ELIT Warrior yang menyumbang kelengkapa­n raya dan majlis berbuka bersama.

“Sumbangan ini sekurangk u r a n g n y a m e m b e r i kegembiraa­n dan keceriaan kepada mereka, sekali gus membolehka­n mereka turut merasai nikmat menyambut Ramadan dan Syawal bersamasam­a,” katanya.

Jasmi turut mengalu-alukan syarikat korporat, persatuan, kelab atau individu yang ingin menyumbang atau menderma untuk anak-anak yatim.

Mereka boleh berbuat demikian dengan menghubung­i Jasmi (012-7140159), Rahmah ( 014- 8960676) atau Faizal (014-8959715) untuk maklumat lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia