Utusan Borneo (Sarawak)

Pintu gerbang meriahkan suasana menjelang Hari Raya Aidilfitri di Sibu

-

SIBU: Kewujudan Pintu Gerbang Aidilfitri di Dataran Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang Tuanku Osman (Dataran Bandar Sibu Fasa I) memeriahka­n lagi suasana menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri di sini.

Pintu gerbang yang didirikan masyarakat Islam tempatan di sini berjaya menarik perhatian orang ramai yang berkunjung ke dataran itu.

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee berkata, kewujudan pintu gerbang itu menambah seri sambutan Aidilfitri yang bakal tiba.

“I a s e m e m a n g n y a memeriahka­n sambutan Hari Raya Aidilfitri di sini.

“Tetapi pada tahun depan kami juga ingin mengajak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengambil bahagian, walaupun masyarakat bukan Islam, bagi mewujudkan suasana Hari Raya Aidilfitri yang meriah,” katanya kepada pemberita kelmarin.

Tambahnya, dengan cara itu ia mampu menarik perhatian para pelancong.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Nangka itu berkata, pintu gerbang itu akan diturunkan sebulan selepas hari raya.

Pada hujung minggu lalu, kira-kira 6,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat berkumpul di dataran itu menjayakan program berbuka puasa beramai-ramai.

Sepanjang bulan Ramadan juga, sebahagian masyarakat Islam berkumpul di dataran itu bagi berbuka puasa bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

 ??  ?? GAH: Pintu Gerbang Aidilfitri di Dataran Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang Tuanku Osman berlatarbe­lakangkan bangunan Wisma Sanyan.
GAH: Pintu Gerbang Aidilfitri di Dataran Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang Tuanku Osman berlatarbe­lakangkan bangunan Wisma Sanyan.
 ??  ?? MANFAATKAN: Abdillah menyampaik­an duit raya kepada salah seorang penerima disaksikan ahli PJMM.
MANFAATKAN: Abdillah menyampaik­an duit raya kepada salah seorang penerima disaksikan ahli PJMM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia