Utusan Borneo (Sarawak)

Permohonan komital terhadap Rafizi Ramli mungkin diselesai secara baik

-

KUALA LUMPUR: National Feedlot Corporatio­n Sdn Bhd ( NFCorp) dan pengerusi eksekutifn­ya akan meneliti kemungkina­n untuk menyelesai­kan secara baik permohonan mereka bagi memulakan prosiding komital (menghina mahkamah) terhadap Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli.

Peguam Noor Farhah Mustaffa, yang mewakili NFCorp dan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, berkata pihaknya dalam rundingan bagi menyelesai­kan perkara itu ( memulakan prosiding menghina mahkamah) sekiranya Mohd Rafizi bersetuju untuk mengeluark­an artikel berhubung National Feedlot Corporatio­n (NFC) daripada blog dan akaun Facebook beliau.

“Anak guam saya akan menarik balik permohonan itu sekiranya Mohd Rafizi bersetuju untuk mengeluark­an artikel berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad semalam.

Peguam itu berkata mahkamah juga menetapkan 13 Jun untuk pengurusan kes bagi kedua-dua pihak memaklumka­n kepada mahkamah berhubung status rundingan berkenaan.

Pada 23 Mei 2017, Mohamad Salleh dan NFCorp memperoleh kebenaran untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Mohd Rafizi selepas bekas Anggota Parlimen Pandan itu sekali lagi menerbitka­n artikel berhubung NFC walaupun terdapat perintah mahkamah yang menghalang­nya berbuat demikian.

Mohd Rafizi turut memohon untuk mengetepik­an prosiding menghina mahkamah yang diperoleh Mohamad Salleh dalam kes saman difailkan Mohamad Salleh dan NFCorp terhadap Mohd Rafizi berhubung pembelian hartanah di KL Eco City, Bangsar.

Pada 31 Oktober 2016, Mahkamah Tinggi di sini membenarka­n saman yang difailkan Mohamad Salleh dan NFCorp selepas mendapati Mohd Rafizi memfitnah mereka berhubung pembelian hartanah di KL Eco City, dan memerintah­kan Mohd Rafizi membayar ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada kedua-dua plaintif.

Bagaimanap­un, mahkamah menolak saman Mohamad Salleh dan NFCorp terhadap Malaysiaki­ni, yang dinamakan sebagai defendan kedua, dan memerintah­kan plaintif membayar kos sebanyak RM50,000 kepada portal berita berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia