Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh remaja termasuk dua budak lelaki didakwa merompak

-

KUALA LUMPUR: Lima remaja dan dua budak lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan merompak sehingga mencederak­an seorang lelaki Pakistan, bulan lepas.

Mohamad Zulkifar Zulkefli,19, Mohamad Zulkarnain Rosli,18, dan lima lagi di bawah umur iaitu dua budak lelaki berusia 12 tahun, seorang berumur 13 tahun dan dua lagi berusia 15 ta- hun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersamasam­a melakukan rompakan dan dengan sengaja mendatangk­an kecederaan terhadap pekerja kontrak warga Pakistan, Muhammad Abrar, 31.

Mereka didakwa melaku- kan kesalahan itu di Jejantas LRT Sungai Besi, di sini, pada 11 malam, 21 Mei lalu mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Aris Kamaluddin tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kesemua remaja dan budak lelaki lelaki itu.

Peguam K. Komagan yang mewakili Mohamad Zulkarnain dan lima juvana lain memohon mahkamah memberikan jaminan yang rendah mengambil kira faktor kewangan keluarga kesemua mereka yang sederhana.

“Kesemua mereka berjanji akan hadir pada setiap prosiding mahkamah dan pihak kami juga tiada bantahan sekiranya mahkamah ingin memberikan syarat tambahan,” katanya.

Mohamad Zulkifar yang tidak diwakili peguam turut merayu diberikan jaminan.

Mahkamah membenarka­n empat juvana dan Mohamad Zulkarnain diikat jamin RM1,200 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan mereka perlu melapor diri di balai polis berdekatan seminggu sekali selain dilarang mengganggu saksi pihak pendakwaan sehingga kes selesai.

Sementara itu, Mohamad Zulkifar dan seorang juvana berusia 15 tahun tidak dibenarkan diikat jamin kerana tiada anggota keluarga mereka yang hadir sebagai penjamin.

Mahkamah menetapkan 28 Jun untuk sebutan semula kes itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia