Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki yang positif dadah itu dipercayai menggunaka­n motosikal curi

-

KUALA LUMPUR: Seorang bapa sanggup bertindak mencampakk­an anak lelakinya berusia dua tahun selepas terjatuh daripada motosikal ketika cuba melarikan diri daripada polis di Kampung Fajar, Ulu Klang, dekat sini pada Ahad, menurut polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu, lelaki berusia 27 tahun itu bersama-sama isteri dan anaknya sedang berkumpul di hadapan sebuah padang bersama beberapa individu lain sebelum dihampiri sepasukan polis cegah jenayah yang melakukan rondaan di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias berkata lelaki berkenaan yang sedang duduk di atas motosikal bersama isteri dan anaknya cuba melarikan diri namun gagal selepas motosikaln­ya terjatuh dan dikepung anggota polis.

“Suspek yang panik bertindak melemparka­n anaknya sebelum ditahan polis, manakala isteri dan rakan-rakannya sempat melarikan diri,” katanya pada sidang media di Balai Polis Taman Melawati di sini, semalam.

Menurutnya, anak suspek yang cedera di bahagian belakang badan dengan kesan calar dan lebam telah dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan.

Hasil pemeriksaa­n ke atas lelaki yang positif dadah itu

Suspek yang panik bertindak melemparka­n anaknya sebelum ditahan polis, manakala isteri dan rakan-rakannya sempat melarikan diri. ACP Hamzah Alias Ketua Polis Daerah Ampang Jaya

mendapati suspek dipercayai menggunaka­n motosikal curi selain mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah.

“Kita masih memburu isteri suspek yang berusia 27 tahun bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Hamzah berkata seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan di Kampung Kemensah, Ulu Klang, dekat sini pada jam 4.30 pagi kelmarinbe­rsama motosikal jenis Honda EX5 yang dicurinya.

Kedua-dua suspek direman tiga hari bermula kelmarin bagi siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 397 A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.

Dalam perkembang­an lain, Hamzah berkata sebanyak 380 saman telah dikeluarka­n sepanjang tahun ini kepada orang awam yang meletakkan kenderaan di bahu jalan di pusat bandar daerah Ampang terutama di kawasan Melawati Mall. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIRAMPAS: Hamzah menunjukka­n motosikal yang dirampas ketika sidang media di Balai Polis Taman Melawati dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama DIRAMPAS: Hamzah menunjukka­n motosikal yang dirampas ketika sidang media di Balai Polis Taman Melawati dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia