Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki minta suapan RM3,800 direman

-

SEREMBAN: Seorang penjual percetakan dalam talian dan rakannya direman tiga hari mulai semalam bagi membantu siasatan meminta suapan berjumlah RM3,800.

Perintah reman itu dikeluarka­n Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Siti Huzaifah Abdul Talib di sini selepas menerima permohonan dibuat pegawai pendakwa Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Khairi Abdul Karim.

Kedua-dua lelaki berumur 24 tahun itu direman bagi membolehka­n siasatan dilakukan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Dalam kejadian Selasa minggu lepas, kira-kira jam 11.30 malam, pengadu yang bekerja sebagai tukang tarik kereta, ke Persiaran Perdana Nilai selepas dimaklumka­n mengenai satu kemalangan jalan raya.

Sebaik tiba, pengadu bergaduh dengan suspek yang terbabit dengan kemalangan, kerana seorang lagi pemandu yang turut terbabit dalam kemalangan itu, mendakwa dipukul suspek.

Selepas berbincang, keduadua pemandu terlibat bersetuju membuat laporan di balai polis.

Kira- kira jam 7 malam Jumaat lepas, pengadu dihubungi suspek melalui telefon dan meminta suapan RM5,000 sebelum diturunkan kepada RM3,800, sebagai balasan untuk menarik balik laporan polis kononnya ketika pergaduhan sebelum ini pengadu ada menghunus pisau kepadanya.

Susulan laporan daripada pengadu, suspek dan rakan ditahan kelmarinki­ra- kira jam 2 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang.

Terdahulu, kedua-dua suspek yang memakai baju lokap berwarna jingga itu tiba di mahkamah kira-kira jam 10.30 pagi dan dilihat keluar pada 11.15 pagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia