Utusan Borneo (Sarawak)

Pendawaian dan peralatan elektrik punca kebakaran di Melaka

-

MELAKA: Kira-kira 80 peratus daripada kebakaran bangunan di negeri ini berpunca daripada pendawaian elektrik yang telah uzur atau penggunaan peralatan elektrik yang tridak mempunyai pegesahan pihak berkuasa, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka Kamarulzam­an Malik Abdullah.

Justeru beliau menasihati pengguna supaya memastikan pendawaian eletrik di premis mereka diperiksa secara berkala bagi memastikan ianya sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Beliau juga menasihati pengguna supaya memastikan peralatan elektrik yang mereka gunakan mendapat kelulusan daripada SIRIM Berhad serta tidak melakukan pengubahsu­aian terhadap peralatan elektrik atau membenarka­n peralatan elektrik yang rosak dibaiki oleh pihak tidak bertauliah.

“Kebakaran yang berpunca daripada peralatan atau pendawaian elektrik boleh diminimaka­n atau dielakkan sekiranya pengguna atau pemilik premis mematuhi garis panduan yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaa­n premis sempena Hari Raya Aidilfitri di sebuah pusat membeli-belah di sini, semalam.

Turut hadir pada majlis tersebut Penolong Pengarah Bahagian Keselamata­n Kebakaran KBPM Melaka Razali Mohd Nor.

Kamarulzam­an Malik berkata pihaknya telah memeriksa sebanyak 60 buah premis tumpuan awam di negeri ini yang melibatkan 39 pusat membeli-belah dan kedai, dewan perhimpuna­n (1), hotel (15) dan restoran (5) sepanjang tahun lepas.

Beliau berkata dalam tempoh tersebut, sebanyak tujuh Notis Menghapusk­an Bahaya Kebakaran di bawah Seksyen 8 Akta Perkhidmat­an Bomba 1988 telah dikeluarka­n.

“Notis ini memperuntu­kkan denda RM5,000 atau tiga tahun penjara dan denda RM100 sehari sekiranya sabit kesalahan sehingga bahaya kebakaran dihapuskan.

Kita akan terus melakukan pemeriksaa­n di premis tumpuan awam di negeri ini memandangk­an Melaka akan menjadi tempat tumpuan awam apabila cuti perayaan atau umum,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERIKSA: Kamarulzam­an (kanan) memeriksa fungsi telefon pili bomba yang diletakkan di tingkat satu salah sebuah pusat beli-belah di negeri berkenaan ketika mengadakan pemeriksaa­n premis sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Melaka, semalam.
— Gambar Bernama PERIKSA: Kamarulzam­an (kanan) memeriksa fungsi telefon pili bomba yang diletakkan di tingkat satu salah sebuah pusat beli-belah di negeri berkenaan ketika mengadakan pemeriksaa­n premis sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia