Utusan Borneo (Sarawak)

Polis akui ada unsur cuai anggota ketika menjaga Jamal di hospital

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia ( PDRM) mengakui ada unsur kecuaian pegawai dan anggotanya yang mengawal Datuk Seri Jamal Yunos di sebuah hospital swasta di Ampang sehingga beliau dapat menghilang­kan diri.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor ketika dihubungi berkata PDRM akan mengambil tindakan tegas terhadap anggota polis yang ditugaskan menjaga Jamal.

“Mereka yang ditugaskan menjaga Jamal ketika itu akan disiasat dan diambil tindakan tatatertib,” katanya.

Mazlan berkata polis juga telah menghubung­i pihak berkuasa Indonesia bagi membantu mengesan Jamal dan berharap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu dapat dikesan dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Jamal dalam satu rakaman suara yang tular di media sosial berkata PDRM tidak perlu menyusahka­n pihak Interpol bagi memburunya kerana beliau masih berada dalam negara ini.

“Apa yang saya buat bukanlah satu jenayah yang boleh mengancam keselamata­n kerana kesalahan yang saya buat adalah kesalahan kecil,” katanya dalam rakaman kira- kira dua minit itu.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahka­n waran tangkap terhadap Jamal telah dikeluarka­n oleh Mahkamah Majistret Ampang pada Jumaat lalu mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan iaitu melarikan diri daripada tahanan yang sah.

Jamal dilapor menghilang­kan diri selepas didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri pada 25 Mei dengan kehilangan­nya disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang menguruska­n proses ikat jamin beliau kirakira 5.30 petang.

Jamal, 48, didakwa atas pertuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan botol arak menggunaka­n penukul besi di hadapan pintu pagar keluar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, Selangor pada 5 Oktober lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia