Utusan Borneo (Sarawak)

Peguam Negara satu tanggungja­wab yang hebat, kata Tommy Thomas

-

KUALA LUMPUR: Peguam kanan Tommy Thomas berkata, beliau berasa terharu terhadap pelantikan­nya sebagai Peguam Negara yang baharu dan menyifatka­n pelantikan itu sebagai satu ‘tanggungja­wab yang hebat’.

Bercakap kepada pemberita di luar pejabat firma undangunda­ngnya di Jalan Ara, Bangsar, di sini, semalam, Thomas mengesahka­n bahawa beliau telah bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selama beberapa minit pagi semalam dan akan bertemu dengan PM semula, hari ini.

Beliau tersenyum lebar ketika menerima ucapan tahniah atas pelantikan­nya.

“Terima kasih banyak tetapi lebih elok saya tidak memberi komen sehingga mendapat surat rasmi yang saya rasa akan menyusul sehari dua lagi.

“Jadi saya rasa masih terlalu awal untuk saya memberikan komen, terima kasih kerana menunjukka­n minat,” kata peguam terkemuka itu kepada wartawan yang menunggu di pejabatnya sejak pagi.

Peguam berusia 66 tahun itu akan mengambil alih daripada Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang sedang bercuti sebulan.

Ditanya sama ada beliau akan menjalanka­n tanggungja­wabnya sebagai Peguam Negara di Putrajaya hari ini, Thomas berkata ini akan mengambil masa beberapa hari.

“Saya tidak akan berada di pejabat pagi esok (hari ini) seperti yang telah saya nyatakan. Perlu beberapa hari untuk pelaksanaa­n (proses pelantikan).

“Apa yang pasti saya tidak akan ke pejabat esok (hari ini),” katanya.

Ditanya mengenai ucapan tahniah oleh Mohamed Apandi terhadapny­a atas pelantikan itu, Thomas berkata “Terima kasih, Terima kasih”.

Yang di- Pertuan Agong Sultan Muhammad V telah memperkena­nkan pelantikan Thomas sebagai Peguam Negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, atas nasihat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Seri Paduka telah menitahkan perkara itu mengikut Perkara 145 (1) Perlembaga­an Persekutua­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia