Utusan Borneo (Sarawak)

Pelantikan tidak patut menimbulka­n konflik ke atas kaum atau agama

-

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V telah memperkena­nkan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, atas nasihat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Seri Paduka telah menitahkan perkara itu mengikut Perkara 145 (1) Perlembaga­an Persekutua­n.

“Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV menyeru semua rakyat Malaysia untuk menerima bahawa pelantikan Peguam Negara Malaysia tidak patut menimbulka­n konflik ke atas kaum atau agama, kerana semua rakyat Malaysia harus dilayan dengan adil tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.

Dalam kenyataan bertarikh 4 Jun yang dihantar Istana Negara kepada Bernama awal pagi semalam, Wan Ahmad Dahlan berkata Seri Paduka bertitah bahawa pelantikan tersebut tetap memelihara hak keistimewa­an orang Melayu dan Bumiputera serta kedudukan Islam sebagai agama Persekutua­n.

“Setelah mengambil kira pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja tentang pelantikan (i) Peguam Negara Malaysia, ( ii) hak Bumiputera serta (iii) peranan Majlis Raja-Raja di bawah Perkara 153 Perlembaga­an Persekutua­n, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku juga memperkena­n penamatan perkhidmat­an Tan Sri Mo- hamad Apandi Ali sebagai Peguam Negara oleh kerajaan Malaysia,” katanya.

Wan Ahmad Dahlan berkata, Yang di-Pertuan Agong turut menzahirka­n rasa dukacita dan bimbang terhadap laporan media yang tidak tepat dan bersifat negatif kebelakang­an ini, yang dilihat boleh mengancam keamanan dan keharmonia­n Malaysia.

“Seri Paduka Baginda menitahkan bahawa Baginda mempunyai kewajipan untuk menegakkan peruntukan­peruntukan Perlembaga­an Persekutua­n dan memelihara hak-hak orang Melayu dan Bumiputera serta melindungi agama Islam,” katanya.

Baru-baru ini, Dr Mahathir telah mencadangk­an peguam terkemuka Tommy Thomas sebagai calon Peguam Negara bagi menggantik­an Mohamad Apandi, kepada Yang di-Pertuan Agong. — Bernama

Seri Paduka Baginda menitahkan bahawa Baginda mempunyai kewajipan untuk menegakkan peruntukan­peruntukan Perlembaga­an Persekutua­n dan memelihara hak-hak orang Melayu dan Bumiputera serta melindungi agama Islam. ” Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia