Utusan Borneo (Sarawak)

Majikan diberi tempoh sebulan carum levi pembanguna­n sumber manusia

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Sumber Manusia memberi tempoh sehingga hujung bulan ini bagi majikan yang layak mencarum Levi Pembanguna­n Sumber Manusia atau berdepan kemungkina­n dikenakan tindakan undang-undang.

Ia merupakan pembayaran caruman mandatori yang dikenakan kerajaan kepada kumpulan majikan yang tertentu bertujuan untuk melatih dan meningkatk­an kemahiran pekerja.

“Sehingga April tahun ini, majikan yang layak mendaftar ialah 45, 750 namun hanya kira- kira 50 peratus berbuat demikian, bermakna terdapat 23,072 lagi majikan yang belum mendaftar,” kata Menteri Sumber Manusia M. Kulasegara­n.

Beliau bercakap pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat kali pertamanya bersama Anggota Lembaga Pengarah Pembanguna­n Sumber Manusia Berhad ( PSMB) di sini, semalam.

Menurutnya, majikan yang ingkar boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM10,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya.

Bagaimanap­un, Kulasegara­n berkata mengheret majikan ke mahkamah merupakan pilihan terakhir memandangk­an kementeria­n masih mahu memberi peluang kepada majikan terbabit.

Di bawah Akta PSMB, majikan di dalam kategori tertentu bertanggun­gjawab membayar levi untuk setiap pekerja pada kadar satu peratus daripada gaji bulanan pekerja.

Kriteria majikan yang diwajibkan mencarum levi ini ialah majikan yang mempunyai sekurang-kurangnya 10 pekerja tempatan dalam bidang pembuatan, perlombong­an dan kuari serta 38 subsektor perkhidmat­an antaranya perhotelan, perkapalan, pengangkut­an udara dan telekomuni­kasi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia