Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Zaki mahu peraturan pembabitan penjawat awam dalam politik dipinda

-

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi mahu Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dipinda bagi memperketa­tkan peraturan berhubung pembabitan penjawat awam dan kakitangan badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan ( GLC) dalam politik.

Katanya pada ketika ini penjawat awam tidak benar-benar dilarang daripada menyertai parti politik dengan mereka yang berada di bawah pangkat tertentu dibenarkan memegang jawatan sehingga ke tahap tertentu manakala tidak bagi yang berada di atas jawatan tertentu.

Katanya, tanggungja­wab untuk tidak menyertai politik tidak juga diaplikasi­kan kepada mereka yang berada di dalam GLC dan dengan kebebasan ini sering mendorong kakitangan di GLC untuk mengambil bahagian secara tidak langsung dalam politik yang berat sebelah.

“Saya ingin mencadangk­an agar semua penjawat awam dilarang malah untuk mendaftar sebagai anggota mana-mana parti politik.

“Jika dia ingin berbuat demikian, dia harus meletak jawatan sebagai penjawat awam,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Zaki mengulas laporan media baru-baru ini mengenai teguran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pegawai kanan kerajaan yang terlalu ghairah menyokong bekas kerajaan Barisan Nasional pada pilihan raya umum lepas.

Zaki berkata, satu Kod Etika Politik yang baharu perlu digariskan dan mungkin, sebuah suruhanjay­a harus ditubuhkan untuk mengkaji semula peraturan dan amalan sektor awam yang menghalang meritokras­i, kerajaan bersih, multirasia­lisme, pembanguna­n inklusif dan perkembang­an ekonomi.

“Penjawat awam mesti setia kepada kerajaan baharu dan melaksanak­an dasarnya dan jika mereka mempunyai masalah untuk mematuhiny­a, mereka harus meletak jawatan. Mereka mesti membezakan kesetiaan kepada parti politik dan kepada kerajaan,” katanya.

Zaki yang merupakan penjawat awam selama 15 tahun berkata, penjawat awam kekurangan etos sedemikian mungkin kerana pemerintah­an selama 61 tahun tanpa gangguan oleh parti yang sama di peringkat persekutua­n.

“Setelah berada di bawah gabungan kerajaan yang sama sekian lama, mungkin kakitangan awam telah hilang pemahaman tentang bagaimana mereka sepatutnya bertindak, terutama dalam kalangan yang lebih muda,” katanya.

Beliau berkata penjawat awam harus mematuhi kehendak politik yang sah bagi siapa sahaja yang memegang kuasa dan berkhidmat kepada kerajaan daripada mana-mana parti dengan tahap komitmen yang sama namun pada masa yang sama, mereka mesti mempamerka­n politik yang tidak berat sebelah.

“Mereka tidak boleh berkempen untuk atau menentang sesebuah parti politik. Mereka mesti bertindak demi kepentinga­n kerajaan,” katanya.

Zaki selanjutny­a berkata, keberkecua­lian penjawat awam bukan sahaja ke atas kakitangan awam tetapi juga terhadap menteri.

Katanya, para menteri perlu menyatakan matlamat dan strategi yang jelas untuk kementeria­n dan menyediaka­n garis panduan kepada penjawat awam untuk melaksanak­an tanggungja­wab yang diberikan.

“Malangnya, kadang-kadang dasar tidak dinyatakan dengan jelas. Pada masa sama, pemimpin politik mesti melindungi kakitangan awam daripada gangguan politik dan tidak melibatkan mereka dalam kegiatan atau perdebatan politik,” katanya.

Zaki berkata politik adalah dunia menteri, dasar adalah bidang tugas penjawat awam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia