Utusan Borneo (Sarawak)

Tommy Thomas kuat pegang prinsip, boleh dipercayai: Bekas pelatih

-

KUALA LUMPUR: Tommy Thomas adalah seorang yang kuat berpegang pada prinsip, bersih dan boleh dipercayai, kata bekas pelatih peguam terkemuka itu, Ashikin Rahim.

Ashikin menulis demikian dalam laman Facebook beliau selepas tersebar berita mengenai pelantikan Thomas sebagai Peguam Negara yang baharu awal pagi semalam.

Ashikin juga menyifatka­n bekas ketuanya itu sebagai seorang yang amat mahir dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

“Jika anda bertanya saya sama ada beliau seorang peguam yang baik, bagi saya beliau adalah yang terbaik pernah saya kenali. Adakah beliau seorang peguam yang ‘bersih’? Beliau adalah seorang yang sangat boleh dipercayai, beliau tidak akan menipu baik di dalam mahupun di luar mahkamah.

“Beliau akan memetik kes yang kadang-kadang tidak memihak kepada kami, semata-mata kerana berpegang pada prinsip undang- undang.

“Oleh kerana itu, tidak sukar untuk memahami kenapa kerajaan PH (Pakatan Harapan) memilih beliau (sebagai Peguam Negara),” tulis Ashikin dalam laman Facebook beliau yang kini tular.

Awal semalam, Yang diPertuan Agong Sultan Muhammad V memperkena­nkan pelantikan Thomas sebagai Peguam Negara yang baharu menggantik­an Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

“TT (panggilan biasa Thomas dalam kalangan kenalan) sangat mahir mengenai Perlembaga­an Negara. Beliau membaca setiap tulisan dalam jurnal undang-undang ‘The Malayan Law Journal’ dan ‘All England Reports’ dan beliau akan membuat catatan dalam buku kecilnya untuk kes-kes penting.

“Saya tidak tahu pula jika ada orang lain yang suka berbuat begitu. Jadi, memang tidak mudah untuk mengakali beliau dalam mahkamah kerana beliau amat memahami undang-undang, baik undangunda­ng Malaysia ataupun undang-undang Inggeris,” katanya.

Beliau berkata, peguam terkenal itu juga sering memberi perhatian berat kepada tindakan undang- undang yang mempunyai kepentinga­n masyarakat umum termasuk membantu memperjuan­gkan hak-hak persatuan penduduk, rakyat miskin yang ‘tertindas’ oleh kerajaan terdahulu dan orang miskin yang ditipu skim pelaburan tipu.

Beliau dan firmanya juga sering memberi perkhidmat­an probono (khidmat guaman percuma), kata beliau.

“Menurut TT, mesti ada orang yang mahu memperjuan­gkan nasib golongan ini, walaupun sejak dari awal lagi kami sudah menjangka kesudahann­ya (tidak memihak kepada kami). Namun, firmanya akan menanggung semua kos guaman terlibat,” katanya.

Ashikin, yang bekerja dengan Thomas dari 2009 hingga April 2013 sebelum berhenti kerja untuk mengasuh sendiri bayi sulungnya, juga menyifatka­n peguam kanan itu sebagai seorang yang amat tegas, sangat menjaga masa dan tidak bertolak ansur tehadap mereka yang melanggar disiplin.

Ashikin juga terkenang masa silam di mana beliau sering cemas setiap kali lewat tiba di mahkamah misalnya pada jam 8.30 pagi sedangkan Thomas biasanya sudah tiba di mahkamah lebih awal pada jam 8 atau 8.15 pagi.

“Beliau juga mengizinka­n saya mengendali­kan kes di peringkat Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan malah Mahkamah Persekutua­n (mahkamah tertinggi negara). — Bernama

 ?? — Gambnar Bernama ?? LATIHAN: Kakitangan Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara ( NIOSH) melakukan latihan amal untuk meningkatk­an kemahiran mengikut ciri- ciri keselamata­n ketika lawatan Menteri Tenaga Manusia M Kulasegara­n di Menara NIOSH Bandar Baru Bangi...
— Gambnar Bernama LATIHAN: Kakitangan Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara ( NIOSH) melakukan latihan amal untuk meningkatk­an kemahiran mengikut ciri- ciri keselamata­n ketika lawatan Menteri Tenaga Manusia M Kulasegara­n di Menara NIOSH Bandar Baru Bangi...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia