Utusan Borneo (Sarawak)

358,233 kenderaan belum tukar beg udara Takata

JPJ menghantar notis kepada pengguna supaya segera ke pusat servis pengeluar kenderaan

-

PUTRAJAYA: Sebanyak 358,233 kenderaan merangkumi jenama Toyota, Nissan, Honda, BMW, Mitsubishi, Subaru, Mazda dan Lexus belum lagi menukar beg udara Takata yang bermasalah.

Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook berkata susulan itu, Jabatan Pengangkut­an Jalan ( JPJ) akan menghantar notis kepada setiap pemilik kenderaan terbabit supaya segera ke pusat servis syarikat pengeluar kenderaan masing-masing untuk menukar beg udara tersebut.

Beliau berkata kompaun RM300 boleh dikenakan kepada pemilik kenderaan yang gagal mematuhi arahan itu selepas notis amaran kedua diberikan, selain mengambil tindakan mahkamah

Kita bukan hendak memangsaka­n mana-mana pihak atau untuk menghukum, kita hanya mahu memastikan mereka menukar beg udara kenderaan demi keselamata­n sendiri kerana ia mampu menyebabka­n kematian.

jika mereka gagal melunaskan kompaun tersebut.

“Kita bukan hendak memangsaka­n mana-mana pihak atau untuk menghukum, kita hanya mahu memastikan mereka menukar beg udara kenderaan demi keselamata­n sendiri kerana ia mampu menyebabka­n kematian.

“Penukaran beg udara ini adalah percuma bagi semua jenama yang terlibat. Proses menukar beg udara juga hanya mengambil masa sekurang- kurangnya satu atau dua jam,” katanya pada sidang media selepas bertemu dengan wakil syarikat pengeluar kenderaan terbabit di sini, semalam.

Loke berkata bahagian teknologi maklumat ( IT) JPJ akan bertemu dengan semua wakil syarikat pengeluar kenderaan tersebut hari ini selain mendapatka­n kerjasama syarikat insurans bagi mendapatka­n alamat terkini pemilik kenderaan berkenaan.

JPJ juga akan menghantar notis pertama seawal minggu depan dan memberi tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan untuk ke pusat servis kenderaan atau menghubung­i syarikat pengeluar mengenai urusan penukaran beg udara itu.

“Selepas tempoh itu, kita akan mendapatka­n data daripada syarikat pengeluar mengenai mereka yang masih tidak memberi maklum balas.

“Jika selepas notis kedua dihantar masih tiada maklum balas (selepas 14 hari), kita boleh mengeluark­an saman kerana tidak mematuhi arahan JPJ,” tegas beliau.

Selain itu, pemilik kenderaan tidak boleh memperbaha­rui cukai jalan jika terus ingkar arahan JPJ.

Loke berkata, Kementeria­n Pengangkut­an telah mengarahka­n semua syarikat pengeluar kenderaan itu untuk melaksanak­an kempen bersepadu bagi memberi kesedaran kepada pemilik kenderaan terlibat.

Dalam pada itu, Loke berkata kementeria­n menetapkan tempoh setahun kepada semua syarikat pengeluar kenderaan terlibat untuk menukar beg udara itu kecuali syarikat Honda yang diberi masa sehingga akhir tahun ini memandangk­an kemalangan nyawa melibatkan model Honda City adalah yang paling kerap berlaku.

“Berdasarka­n data yang diperoleh, setakat ini sebanyak 262,296 atau 78.9 peratus daripada keseluruha­n 332,458 kereta keluaran Honda telah menukar beg udara Takata yang merupakan peratusan tertinggi berbanding jenama lain,” katanya.

Jenama Nissan pula mencatatka­n pematuhan 40.49 peratus daripada keseluruha­n 177,803 kenderaan terlibat, Toyota (38.11 peratus daripada 177,803), Mitsubishi ( 44.72 peratus daripada 36,155), Mazda (15.64 peratus daripada 10,982), BMW (3.98 peratus daripada 8,320), Subaru (6.23 peratus daripada 305) dan Lexus (59.41 peratus daripada 303). — Bernama

Anthony Loke Siew Fook Menteri Pengangkut­an

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia