Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatankua­sa khas ditubuh kaji pengurusan pekerja asing, PATI

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) akan menubuhkan satu jawatankua­sa khas bagi mengkaji dan memperkema­s aspek pengurusan pekerja asing serta mengatasi masalah lambakan golongan itu di negara ini.

Menteri berkenaan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata jawatankua­sa itu, yang akan dipengerus­ikan beliau, dianggotai wakil-wakil Kementeria­n Sumber Manusia serta beberapa agensi lain yang bertanggun­gjawab menilai semua prosedur operasi standard (SOP) dan undang-undang sedia mengenai pekerja asing termasuk peraturan berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Kita tahu kebanjiran pendatang asing dan kemasukan tanpa mengikut undang-undang boleh memberi kesan besar kepada negara, terutamany­a terhadap isu sosial, keselamata­n dan peluang pekerjaan.

“Sebab itu, kita perlu teliti secara mendalam beberapa peraturan sedia ada dan jika perlu, jawatankua­sa ini boleh mencadangk­an langkah penyelesai­an termasuk menambah baik atau memperkena­l peraturan baharu bagi mengatasi masalah tersebut,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.

Muhyiddin berkata jawatankua­sa itu juga akan mengkaji tentang keperluan dan kebergantu­ngan negara ke atas pekerja asing berdasarka­n keperluan semasa industri dan sektor yang berkaitan.

Beliau berkata memastikan peluang pekerjaan diisi oleh pekerja tempatan merupakan antara perkara yang menjadi keutamaan jawatankua­sa itu dalam memutuskan sebarang ketetapan.

“Kalau orang tempatan tidak mampu melakukan kerja-kerja yang dilakukan warga asing, kita perlu mencari jalan penyelesai­an seperti menyediaka­n kursus. Jika (mereka) masih tidak boleh melakukann­ya atas sebab-sebab tertentu, barulah peluang itu diberikan kepada pekerja asing,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia