Utusan Borneo (Sarawak)

Warga asing diberi tempoh tiga bulan kosongkan rumah PPR

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi tempoh selama tiga bulan bermula semalam bagi pemilik rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) mengosongk­an rumah mereka yang disewa warga asing.

M e n t e r i n y a Z u r a - ida Kamaruddin berkata, sekiranya pemilik gagal mengosongk­an premis berkenaan dalam tempoh tersebut, tindakan pengusiran terhadap penyewa warga asing itu akan dikuatkuas­akan dan pemilik bakal berdepan dengan penalti dan hak pemilikan rumah ditarik balik.

“Tindakan ini diambil adalah bagi memastikan tiada lagi warga asing menduduki rumah PPR dan ini akan dimulakan dengan rumah yang di bawah jagaan KPKT dan seterusnya kita akan bergerak kepada sektor-sektor yang lain,” katanya dalam sidang media di kementeria­nnya di sini semalam.

Katanya penguatkua­saan tersebut dilakukan dalam memastikan rakyat tempatan diberi keutamaan untuk mendapatka­n rumah selain isu-isu sosial yang sering ditimbulka­n oleh warga asing yang menduduki kawasan rumah terbabit.

“Kita juga mahu mengawal selia isu harga sewa di kawasan berkenaan yang mana kita tahu kebanyakan warga asing akan menawarkan kadar yang lebih tinggi berbanding rakyat tempatan,” katanya.

Zuraida dalam pada itu berkata, KPKT akan mengkaji semula pelbagai aspek perkhidmat­an Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) termasuk prosedur operasi standard sedia ada dan memberi perhatian keadaan semasa fasiliti JBPM termasuk kenderaan, pili bomba dan peralatan menyelamat.

“Kita juga akan memberi fokus kepada kebajikan anggota JBPM di seluruh Malaysia terutamany­a dari segi pendidikan anak-anak anggota, kebajikan bekas anggota dan balu akan dikaji semula serta akan membincang­kan isu elaun kritikal anggota yang akan diselarask­an dengan keadaan ekonomi semasa,” katanya.

Menteri tersebut turut memaklumka­n bahawa beliau akan berangkat ke Vilnius, Lithuania semaalm untuk menghadiri Himpunan Pemimpin Wanita Dunia.

Katanya menerusi platform tersebut KPKT akan menerajui pemberdaya­an wanita melalui komuniti dengan memperkena­lkan Titik Tumpuan Gender yang akan mengaruspe­rdanakan kesaksamaa­n gender dalam kementeria­n, kerajaan tempatan dan juga masyarakat.

Ini selaras dengan Deklarasi Beijing dan Konvensyen Penghapusa­n Semua Bentuk Diskrimina­si Terhadap Wanita yang telah ditandatan­gani dipersetuj­ui oleh Kerajaan Malaysia sebelum ini serta selaras dengan tuntutan daripada Wanita Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi melaksanak­an pemberdaya­an wanita dalam masyarakat, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia