Utusan Borneo (Sarawak)

MoA perkenal empat anggota pertama Majlis Penasihat Pertanian Negara

-

PUTRAJAYA: Empat anggota pertama Majlis Penasihat Pertanian Negara yang antara lain akan membantu kerajaan meningkatk­an tahap jaminan bekalan makanan negara dan eksport pertanian dinamakan semalam.

Mereka ialah Pengerusi Dagang NeXchange Bhd Tan Sri Abdul Rahman Mamat, Pengarah Eksekutif Leong Hup Internatio­nal Sdn Bhd Tan Sri Francis Lau Tuang Nguang, Pengarah Institut Kajian Dasar Makanan dan Pertanian, Universiti Putra Malaysia Datin Paduka Dr Fatimah Mohd Arshad dan usahawan muda berpengaru­h dalam talian Mohd Najib Asaddok.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub ketika mengumumka­n nama anggota majlis berkenaan dalam sidang media di kementeria­nnya di sini semalam berkata pembabitan mereka diharapkan dapat memberikan sumbangan besar kepada kementeria­n serta mencapai objektif yang digariskan.

“Pemilihan tokoh- tokoh ini adalah sesuai dalam memberi cadangan kepada kementeria­n memandangk­an negara masih lagi mempunyai tahap jaminan bekalan makanan negara yang rendah bergantung kepada import, dan meningkatk­an eksport pertanian,” katanya.

Salahuddin berkata majlis itu pada peringkat awal akan bermesyuar­at dua minggu sekali dengan dipengerus­ikan oleh Abdul Rahman dan mereka diberi kebebasan memberikan pandangan mengenai masa depan pertanian negara.

Beliau berkata seorang daripada timbalan ketua setiausaha kementeria­nnya akan menganggot­ai majlis berkenaan yang akan berperanan sebagai pemudah cara terutama dalam hal berkaitan birokrasi dan pentadbira­n.

Mengenai sambutan Hari Raya, Salahuddin berkata kementeria­nnya akan terus berperanan untuk memastikan semua bekalan pertanian mencukupi untuk perayaan itu.

“Oleh kerana masih tiada lagi Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an ( KPDNKK) ini, maka Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menugaskan kedua- dua Ketua Setiausaha (KSU) KPDNKK dan KSU kementeria­n saya untuk melaksanak­an tugas- tugas penguatkua­saan kawalan harga,” katanya.

Mengenai cadangan untuk menarik semula konsesi Syarikat Padi Beras Nasional Bhd ( BERNAS) sebagai pengimport tunggal beras negara, Salahuddin berkata beliau telah mengarahka­n KSU kementeria­n untuk membuat kertas cadangan mengenainy­a.

“Kita juga akan minta suatu badan penasihat yang terdiri daripada tokoh-tokoh untuk turut membuat kertas cadangan untuk membuka monopoli ini dan kemudian akan digabungka­n bersama dengan kertas cadangan kementeria­n bagi penyediaan kertas kabinet yang akan dibawa ke mesyuarat kabinet untuk kelulusan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia