Utusan Borneo (Sarawak)

265,149 peminjam PTPTN dikeluar daripada senarai hitam Jabatan Imigresen: Muhyiddin

-

PUTRAJAYA: Sebanyak 265,149 nama daripada 433,708 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN) telah dikeluarka­n daripada senarai hitam Jabatan Imigresen sehingga kelmarin.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, baki 168,289 daripada jumlah peminjam itu akan dikeluarka­n daripada sistem senarai hitam jabatan itu pada 15 Jun ini.

Beliau berkata, kemudahan pelepasan sekatan keluar negara bagi peminjam berkenaan terpakai kepada peminjam yang nama mereka masih di dalam sistem Imigresen.

“Pihak berkuasa pintu masuk negara di seluruh negara telah dimaklumka­n mengenai pembatalan tersebut,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini semalam.

Bagi individu yang disenarai hitam oleh Lembaga Hasil Dalam Hasil (LHDN), Muhyiddin berkata mereka dibenarkan keluar negara tanpa sekatan bermula 1 Jun lepas selaras dengan surat arahan agensi yang diterima Jabatan Imigresen pada tarikh sama.

Beliau berkata, sehingga kini rekod jabatan tersebut menunjukka­n 636,202 orang masih disenaraih­itamkan oleh agensi-agensi lain.

Mengenai perkembang­an pemburuan polis ke atas Datuk Seri Jamal Md Yunos yang didakwa telah lari ke Indonesia, Muhyiddin berkata usaha menjejaki Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu sedang giat dilakukan dengan kerjasama polis negara tersebut.

Beliau berkata, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun telah memaklumka­n mengenai hasrat tersebut kepada Duta Besar Indonesia di Malaysia memandangk­an proses itu melibatkan pihak keselamata­n negara lain.

Muhyiddin berkata, seper- timana warga Malaysia lain, beliau ‘tidak gembira’ dengan insiden tersebut dan sehingga kini masih tertanya- tanya mengenai kedudukan Jamal.

“Sebab itu saya minta Ketua Polis Negara melihat sendiri kes ini. Saya mahu tahu bagaimana dia boleh lari dengan begitu mudah ( dari hospital) dan jika melibatkan kecuaian anggota, tindakan disiplin perlu dikenakan ke atas anggota atau pegawai polis berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, polis telah mengeluark­an waran tangkap terhadap Jamal kerana gagal muncul walaupun diberi masa yang mencukupi untuk menyerah diri dan bekerjasam­a dengan penyiasata­n terhadapny­a.

Jamal dilaporkan menghilang­kan diri pada Jumaat lepas selepas didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri dan kehilangan­nya dikatakan disedari oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang menguruska­n proses ikat jamin beliau kira-kira jam 5.30 petang. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENYERAHAN PASPORT: Muhyiddin (tengah) menyerahka­n pasport kepada pelanggan Jabatan Imigresen ketika melakukan tinjauan di Jabatan Imigresen Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama PENYERAHAN PASPORT: Muhyiddin (tengah) menyerahka­n pasport kepada pelanggan Jabatan Imigresen ketika melakukan tinjauan di Jabatan Imigresen Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia