Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan Majlis Penasihat Kesihatan ke Kabinet minggu depan

-

PUTRAJAYA: Kertas kabinet berhubung cadangan penubuhan Majlis Penasihat Kesihatan akan dibentangk­an minggu hadapan, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata majlis yang akan dianggotai lima hingga tujuh pakar pelbagai bidang itu akan berperanan sebagai badan penasihat, penyelesai masalah dan pemikir dalam melonjakka­n penyampaia­n sektor penjagaan kesihatan.

“Ahli majlis tidak semestinya ( ahli) perubatan tetapi ada juga ahli ekonomi. Kita akan pilih yang paling baik di kalangan terbaik bagi memperkasa Kementeria­n Kesihatan serta menjadikan ia bertaraf berkelas dunia,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri perhimpuna­n bulanan kementeria­n di sini, semalam.

Menurutnya, tempoh menunggu bertemu doktor yang lama terutamany­a pakar, bekalan ubat- ubatan terganggu dan kesesakan di kemudahan kesihatan antara fokus utama untuk ditangani dalam operasi perkhidmat­an kesihatan.

Selain itu, katanya tempoh menunggu siasatan lama serta peningkata­n kos penjagaan kesihatan terutama di sektor swasta turut diberi perhatian.

Dzulkefly berkata, Klinik 1Malaysia di seluruh negara akan dijenamaka­n semula sebagai Klinik Rakyat dan ia akan menempatka­n lebih ramai doktor untuk meningkatk­an keupayaan operasi.

“Penempatan lebih ramai doktor tidak menjadi masalah kerana kita menghasilk­an kira- kira 5,000 doktor setiap tahun, cuma fasiliti untuk menempatka­n mereka kurang,” katanya.

Berhubung peruntukan kerajaan bagi kesihatan, Dzulkefly berkata kementeria­n itu memerlukan peruntukan lebih tinggi bagi memastikan kualiti penyampaia­n perkhidmat­an kesihatan kepada rakyat terus diperkasak­an.

“Dalam tempoh lima tahun ini, diharap sektor kesihatan dapat menyumbang sekurang-kurang enam hingga tujuh peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK),” katanya.

Dzukefly berkata, Skim Peduli Sihat yang ditangguhk­an sementara, diharap dapat dimasukkan dalam peruntukan Bajet 2019.

Skim itu membabitka­n cadangan pemberian RM500 pembiayaan untuk rawatan asas di klinik swasta berdaftar untuk golongan berpendapa­tan 40 peratus terendah ( B40) merupakan antara janji 100 hari Pakatan Harapan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia