Utusan Borneo (Sarawak)

Pelantikan, istiadat angkat sumpah dijangka selesai sebelum Aidilfitri

-

KANGAR: Kesemua sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Barisan Nasional (BN) akur dengan pelantikan Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar, manakala pelantikan dan istiadat angkat sumpah anggota exco dijangka selesai sebelum Aidilfitri ini.

ADUN Chuping Asmaiza Ahmad berkata, pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim yang dimaklumka­n mengenai keputusan itu juga tidak membantah.

“Keputusan ini dicapai sebulat suara atas nama rakyat oleh semua sembilan ADUN tersebut sebelum kami menghadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l, Ahad lepas.

“Kami akur dengan titah Tuanku…tidak akan toleh belakang lagi,” katanya kepada pemberita semasa ditemui selepas penyampaia­n sumbangan Ramadan oleh Azlan kepada 1,531 penerima dalam DUN Mata Ayer di Dewan 2020 di sini, semalam.

Asmaiza berkata, semua ADUN terbabit membuat keputusan itu supaya mereka yang dipilih dapat memberi khidmat kepada rakyat tanpa gangguan selain agenda pembanguna­n negeri dilaksanak­an dengan lancar.

Katanya, Azlan dijangka menghadap Tuanku Syed Sirajuddin minggu depan bagi memohon perkenan untuk melantik anggota Exco dan diikuti dengan istiadat mengangkat sumpah jawatan sebelum Aidilfitri ini.

“Kita menang dengan keputusan majoriti dan tidak pernah terlintas dalam hati kami untuk lompat parti. Isu ini termasuk menubuhkan kerajaan perpaduan, tidak berbangkit,” tambahnya.

Kemelutpel­antikanMen­teri Besar bermula apabila sembilan ADUN BN tidak menghadiri istiadat pelantikan dan angkat sumpah jawatan itu di Istana Arau pada 24 Mei lepas.

Setiausaha UMNO Perlis Datuk Zahidi Zainul Abidin memberi alasan mereka menolak Azlan atas beberapa sebab antaranya kegagalan Azlan menghadiri mesyuarat Perhubunga­n Negeri selama empat tahun, tidak membincang­kan isu polisi tanah dengan UMNO dan beliau didakwa gagal di bahagian Kangar.

Sebelum itu, Shahidan mencadangk­an Azlan dipe- cat daripada UMNO selepas menerima jawatan tersebut walaupun majoriti ADUN BN tidak menyokong beliau.

Shahidan kemudian mengemukak­an 11 nama selepas tiga nama yang dicadangka­nnya tidak mendapat perkenan Tuanku Syed Sirajuddin.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei lepas, BN Perlis memenangi 10 daripada 15 kerusi DUN yang dipertandi­ngkan termasuk Azlan yang menang di DUN Bintong.

Dalam perkembang­an lain, Azlan yang ditemui kemudian berkata, 1,203 penjawat awam termasuk berstatus kontrak di Perlis bergred 41 ke bawah akan diberi bonus sempena Aidilfitri sebanyak RM400 seorang manakala 20 orang pesara diberi RM200 seorang.

Katanya, pemberian itu melibatkan peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM485,200 manakala tarikh pembayaran akan diumumkan dalam masa terdekat. — Bernama

Keputusan ini dicapai sebulat suara atas nama rakyat oleh semua sembilan ADUN tersebut sebelum kami menghadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l, Ahad lepas. Asmaiza Ahmad ADUN Chuping

 ?? — Gambar Bernama ?? SUMBANGAN AIDILFITRI: Rosiana (kiri) menerima sumbangan Aidilfitri pada Program KAWAT Prihatin di Kampung Padang Kemunting, Batu Rakit di Kuala Terengganu semalam.
— Gambar Bernama SUMBANGAN AIDILFITRI: Rosiana (kiri) menerima sumbangan Aidilfitri pada Program KAWAT Prihatin di Kampung Padang Kemunting, Batu Rakit di Kuala Terengganu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia