Utusan Borneo (Sarawak)

Penderitaa­n ibu tunggal mendapat perhatian pengamal media T’ganu

-

KUALA TERENGGANU: Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi seakan-akan tiada erti bagi seorang ibu tunggal, Rosiana Rosli, 37, dari Kampung Padang Kemunting dekat Batu Rakit di sini berikutan masalah kesihatan yang dihadapiny­a.

Ibu kepada seorang anak berusia 12 tahun itu dirundung malang kerana telah kehilangan kaki kanannya yang terpaksa dipotong akibat penyakit kencing manis pada empat tahun lalu dan lebih menyedihka­n beliau apabila kemungkina­n kaki kirinya juga bakal dipotong akibat penyakit sama.

Rosiana berkata, nasib beliau terus diuji apabila perlu menjaga seorang adik lelaki yang menghadapi masalah mental manakala anaknya pula disahkan mengalami masalah lembam dalam pembelajar­an.

“Kakak tidak lagi dapat menjalanka­n kerja-kerja rumah dengan sempurna seperti biasa. Memasak juga terpaksa dibuat di bahagian ruang tamu, nak bergerak ke tandas pun susah.

“Mujurlah ada sepupu yang tinggal berdekatan dan jiran sebelah yang sangat peka dengan nasib kakak sekeluarga di sini...merekalah yang sering menghantar makanan atau menghulur apa- apa bantuan sekiranya diperlukan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Walaupun Rosaina adalah penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun wang RM200 itu masih tidak mencukupi untuk menampung kos perubatan dan pengangkut­annya berulang alik ke hospital dan klinik yang berdekatan.

Apa yang paling diperlukan­nya ketika ini ialah tandas yang lebih sempurna memandangk­an Rosaina terpaksa membuang air kecil dan air besar di dalam biliknya ketika ini.

Nasib malang ibu tunggal itu mendapat perhatian daripada Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT) yang tampil menghulur sumba- ngan untuk meringanka­n beban beliau dalam membuat persiapan Aidilfitri tidak lama lagi.

Timbalan Presiden KAWAT, Ahmad Syafri Husnaini Mohamad berkata, sumbangan barangan dapur dan wang tunai yang kesemuanya bernilai hampir RM400 itu diharap dapat membuka mata lebih banyak pihak untuk sama-sama membantu keluarga malang ini.

“Selama ini pengamal media hanya bertugas di lapangan untuk melaporkan berita terkini untuk pengetahua­n rakyat, namun kali ini kita juga turun padang melihat sendiri nasib malang insan yang memerlukan.

“Insyallah program KAWAT Prihatin ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dan akan berkolabor­asi dengan mana-mana syarikat korporat atau individu persendiri­an yang ingin tampil membantu golongan seperti ini menjelang Aidilfitri,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia