Utusan Borneo (Sarawak)

400 masjid, surau berjaya jana pendapatan RM12 juta setahun

-

RAUB: Sebanyak 400 koperasi surau dan masjid di seluruh negara berjaya menjana pendapatan keseluruha­n berjumlah RM12 juta setahun.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, kesemua surau dan masjid itu dijangka mampu meningkatk­an pendapatan hingga RM15 juta setahun tidak lama lagi berdasarka­n prestasi yang ditunjukka­n setakat ini.

“Kita juga telah mengenal pasti sebanyak 6,700 masjid dan surau yang berpotensi menjana pendapatan seperti itu dengan memasarkan produk untuk masyarakat Islam menerusi koperasi.

“Ini kerana koperasi kariah masjid mampu men- jadi peneraju penghasila­n produk makanan untuk anggota sebagai permulaan bagi menjana pendapatan dan boleh melangkah lebih jauh dengan mengekspor­t produk mereka untuk lebih berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Pelajar Tahfiz di Masjid Sultan Abu Bakar di sini.

Abdul Fattah berkata daripada 6,700 koperasi kariah masjid itu, sekurang-kurangnya RM33 juta modal pusingan mampu dikutip untuk memulakan perniagaan masing-masing.

“Setiap masjid dan surau perlu sekurang-kurangnya mempunyai 50 anggota untuk menubuhkan koperasi dan setiap anggota perlu melabur RM100, jadi mereka sudah mempunyai pusingan modal untuk memulakan perniagaan.

“Angkasa pula memberikan bantuan RM500 sebagai permulaan untuk koperasi ini menjalanka­n mesyuarat agung pertama penubuhan.

“Manakala kerajaan melalui Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) pula menyediaka­n geran bantuan bagi menggerakk­an koperasi tersebut dan kemudahan yang disediakan ini seharusnya direbut oleh masjid-masjid dan surau di negara ini untuk mewujudkan koperasi mereka sendiri,” katanya.

Abdul Fattah berkata, Koperasi Kariah Masjid Taman Uda, di Johor adalah antara contoh koperasi masjid yang berjaya menjalanka­n perniagaan mereka dengan pendapatan mencecah RM1 juta setiap tahun. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia