Utusan Borneo (Sarawak)

Bonus RM1,000 untuk penjawat awam Pulau Pinang sempena Aidilfitri

-

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang semalam mengumumka­n pemberian Bantuan Khas Kewangan sempena Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada sejumlah 3,600 penjawat awam negeri.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, pembayaran bonus itu akan dibuat pada Rabu depan bagi meringanka­n beban penjawat awam untuk membuat persiapan bagi menyambut lebaran yang bakal diraikan minggu depan.

“Pemberian bonus ini akan melibatkan sejumlah RM3.6 juta dan semoga bantuan khas ini dapat membantu dalam persiapan perayaan kali ini,” katanya selepas menghadiri Majlis Perhimpuna­n Anggota Perkhidmat­an Awam di sini semalam.

Antara yang turut hadir pada majlis itu ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Datuk Law Choo Kiang, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri II Prof Dr P. Ramasamy, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus dan semua barisan exco kerajaan negeri.

Beliau turut berterima kasih kepada semua penjawat awam negeri atas kerja- sama dan kepercayaa­n yang diberikan kepada barisan kepimpinan kerajaan negeri yang baharu.

“Saya dan barisan kepimpinan kerajaan negeri turut mengharapk­an jalinan kerjasama yang serupa malahan lebih baik lagi dapat diberikan oleh para penjawat awam negeri demi memastikan kita terus menjadi sebuah negeri yang terbaik dari segi pembanguna­n dan infrastruk­tur namun masih selesa dan selamat untuk didiami,” katanya.

Sementara itu ditanya mengenai pemansuhan tol Jambatan Pulau Pinang, Chow berkata pemansuhan tol adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutua­n.

Beliau berkata, kerajaan Pulau Pinang sedang dalam usaha untuk menunaikan janji dalam Manifesto Pilihan Raya Umum Pakatan Harapan Pulau Pinang. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERHIMPUNA­N: Chow (tiga kiri), Zakiyuddin (dua kiri), Ramasamy (dua kanan), Farizan (kiri) dan Law bersama anggota perkhidmat­an awam Pulau Pinang selepas Perhimpuna­n Anggota Perkhidmat­an Awam Pulau Pinang di Kompleks Tun Abdul Razak di George Town...
— Gambar Bernama PERHIMPUNA­N: Chow (tiga kiri), Zakiyuddin (dua kiri), Ramasamy (dua kanan), Farizan (kiri) dan Law bersama anggota perkhidmat­an awam Pulau Pinang selepas Perhimpuna­n Anggota Perkhidmat­an Awam Pulau Pinang di Kompleks Tun Abdul Razak di George Town...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia