Utusan Borneo (Sarawak)

Media Indonesia kagum rakyat Malaysia bantu kerajaan tangani hutang negara

-

JAKARTA: Media Indonesia kagum dengan keprihatin­an rakyat Malaysia dalam membantu kerajaan menyelesai­kan bebanan hutang negara, yang seharusnya turut dicontohi rakyat Indonesia dalam menangani hutang di negara ini.

Usaha kerajaan Malaysia menubuhkan Tabung Harapan Malaysia, seharusnya tu- rut menjadi inspirasi kepada rakyat Indonesia untuk samasama menzahirka­n kecintaan mereka kepada negara dengan membantu kerajaan.

Dipetik laporan MetroTV yang disiarkan semalam: “Namun, di tengah besarnya hutang itu, respons warganya sangatlah menginspir­asi. Mereka rela membantu untuk bayar hutang negara.

“Warga Malaysia percaya sekecil apa pun kontribusi­nya, mereka telah membantu negara lolos daripada kesulitan. Ini sekali gus cara mereka dalam mengekspre­sikan rasa cinta terhadap bangsa dan tanah air,” menurut laporan khas berkenaan sokongan rakyat Malaysia membantu kerajaan menangani hutang negara itu.

Media dalam talian di Indonesia juga melahirkan kekaguman terhadap keprihatin­an rakyat Malaysia yang telah menyumbang­kan RM27 juta setakat 3 Jun lepas, selepas tabung itu ditubuhkan pada 31 Mei 2018.

Media Indonesia turut memuji pentadbira­n kerajaan pimpinan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut mengambil langkah drastik dalam mengurangk­an bebanan kewangan negara, antaranya seperti mengurangk­an gaji menteri-menteri kabinetnya.

Memetik laporan BBC Indonesia: “Rakyat Malaysia ber- gotong-royong menyumbang untuk bayar hutang negara”, komentar media Indonesia itu turut mahukan rakyat dan kerajaan Indonesia mengambil langkah sama kerana hutang Indonesia setakat Febuari 2018 berjumlah AS$ 356.2 bilion, lebih besar berbanding Malaysia (AS$251 bilion (RM1 trilion)). — Bernama PUTRAJAYA: Satu jawatankua­sa khas akan diwujudkan dalam masa terdekat untuk melaksanak­an kajian kemungkina­n bagi pengambila­n tanah dan pembanguna­n semula kawasan Highland Towers.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata, keadaan di kawasan runtuhan Highland Towers berada dalam keadaan mencolok mata sejak sekian lama terutama kepada penduduk di sekitarnya dan sehingga kini ia masih belum diselesaik­an.

“Kawasan tersebut kini menjadi tempat penagih dadah melepaskan gian dan sarang pencuri dan keadaan ini merisaukan penduduk sekitar,” katanya dalam sidang media di kementeria­nnya di sini semalam.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, pihaknya berharap dapat membangunk­an semula kawasan Highland Towers itu yang merupakan tanah premium dan berharap harga tanah kawasan itu tidak terjejas ekoran insiden hampir 25 tahun lalu.

Pada 11 Disember 1993, satu daripada tiga blok Kondominiu­m Highland Towers di Taman Hillview, Ulu Klang runtuh dalam tragedi yang meragut nyawa 48 orang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia