Utusan Borneo (Sarawak)

Lewandowsk­i ketuai cabaran Poland di Rusia

-

muda dan kami memerlukan masa untuk membuat persediaan. Malangnya, kami mempunyai banyak masa untuk membuat persediaan untuk kejohanan seterusnya (selepas gagal layak ke Rusia).” Belanda – naib juara dunia pada 2014 – seri 1-1 dengan Slovakia dan tewas 0-3 kepada Portugal pada perlawanan persahabat­an yang lain. Bagi Itali, ia satu lagi keputusan1­1 di Turin selepas men e n t a n g England, Sepanyol dan Mace d o n i a . — AFP WARSAW, Poland: Penyerang kelab Bayern Munich, Robert Lewandowsk­i mengetuai senarai akhir 23 pemain Poland ke Piala Dunia di Rusia, tetapi kecederaan kepada pemain pertahanan Kamil Glik menyebabka­n jurulatih Poland, Adam Nawalka gelisah.

Glik, 30, bintang pertahanan penting Poland, mengalami kecederaan di bahagian bahu selepas tarikh akhir untuk menyenarai­kan skuad kepada badan induk bola sepak dunia (FIFA), Ahad lepas.

“Ketika sesi latihan, Kamil Glik mengalami kecederaan di bahagian bahu,” menurut kenyataan persekutua­n bola sepak Poland.

Pemain pertahanan kelab Monaco itu menjalani ujian awal di Poland, namun akan berlepas ke Nice untuk menjalani rawatan lanjut sebelum satu keputusan dibuat mengenai pemulihann­ya dengan harapan kembali berlatih sepenuh masa.

“Beliau masih kekal dalam senarai kami. Kami menanti keputusan ujian itu,” kata jurucakap persekutua­n Jakub Kwiatkowsk­i.

Jika kecederaan Glik ternyata serius, beliau akan digantikan dengan pemain Stuttgart, Marcin Kaminski, menurut Nawalka.

Sebelum berlepas ke Russia pada 13 Jun ini, Poland mempunyai satu lagi perlawanan persediaan menentang Chile di Poznan Sabtu ini dan Lithuania di Warsaw empat hari kemudian.

Di Rusia, Poland memulakan kempen Kumpulan H menentang Senegal di Moscow pada 19 Jun sebelum berdepan Colombia dan Jepun. — AFP

 ??  ?? MANCINI
MANCINI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia