Utusan Borneo (Sarawak)

Belanda ikat Itali 1-1 pada perlawanan persahabat­an antarabang­sa di Stadium Allianz, Turin Isnin lepas

-

TURIN, Itali: Nathan Ake menjaringk­an gol penyamaan lewat ketika Belanda mengikat Itali 1-1 pada perlawanan persahabat­an antarabang­sa di sini, yang mempertemu­kan dua pasukan gergasi bola sepak Eropah yang gagal layak ke Piala Dunia 2018.

Simone Zaza meletakkan Itali di hadapan pada minit ke- 67 perlawanan di Stadium Allianz tetapi rentak permainan pasukan tuan rumah terjejas dua minit kemudian apabila pemain pertahanan­nya, Domenico Criscito dibuang padang ekoran kekasaran ke atas Ryan Babel.

Ake, pemain pertahanan tengah kelab Bournemout­h dalam Liga Perdana Inggeris, menanduk gol penyamaan dua minit sebelum tamat permainan dan hampir menjaringk­an gol kemenangan pada minit kecederaan.

Kedua-dua pasukan dalam proses pembinaan semula selepas gagal layak ke Rusia, tuan rumah Piala Dunia 2018.

Jurulatih Itali baharu, Roberto Mancini, kini mempunyai rekod 1- 1- 1 dari tiga perlawanan selepas menewaskan Arab Saudi 2-1, tewas 1-3 kepada Perancis dan seri 1-1 dengan Belanda.

“Ia perlawanan persahabat­an, saya tidak tahu jika ia sepatutnya kad merah,” kata Mancini.

“Apa pun, ia adalah satu kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku. Bermain dengan 10 pemain selama 20 minit adalah sukar kerana kami sudah berasa letih.”

Mancini berkata beliau berasa yakin dengan apa yang beliau lima pada dua minggu pertama sebagai jurulatih.

“Ia sukar selepas 10 hari untuk membentuk situasi sebenar taktik permainan tetapi kami melihat beberapa perkara yang baik menentang Perancis dan sekali lagi hari ini,” kata jurulatih berusia 53 tahun itu.

“Kami dapat bermain dan menimba pengalaman dan itulah kegunaanny­a perlawanan persahabat­an.

“Pemain mempunyai mentaliti yang betul, keseimbang­an dewasa ini ialah pemikiran positif tetapi kami sudah memperbetu­lkan beberapa perkara. Ada keyakinan, pemain berasa lebih bersemanga­t dengan pasukan muda ini dan ia membantu kami.”

Belanda juga dalam era baharu di bawah kendalian Ronald Koeman selepas gagal layak ke Euro 2016 dan juga Piala Dunia 2018.

Itali mensia- siakan peluang dalam separuh masa pertama walaupun menguasai permainan dengan cubaan Andrea Belotti, Simone Verdi dan Criscito.

Belotti – yang menggantik­an Mario Balotelli dalam kesebelasa­n utama – ada menjaringk­an gol seawal minit ketiga tetapi tidak dibenarkan pengadil kerana ofsaid.

Lorenzo Insigne – yang menjadi kapten pasukan Itali pada ulang tahun ke-27 beliau, kemudian mengumpan bola kepada Verdi tetapi melambung tinggi sebelum tandukan Criscito sempat ditolak keluar oleh Ruud Vormer sebelum melepasi garisan pintu gol.

Belanda berjaya mengimbang­i permainan selepas rehat tetapi Itali berjaya membuka jaringan apabila Zaza, pemain gantian, menyempurn­a hantaran Federico Chiesa.

Tetapi dua minit kemudian, Criscito dibuang padang kerana terjahan keras.

“Saya berasa gembira dengan gol ini kerana saya mempunyai kenangan pahit dalam pasukan kebangsaan, saya berasa sedikit emosional,” kata Zaza, yang dipanggil semula ke dalam skuad kebangsaan oleh Mancini selepas tidak bermain sejak gagal menyempurn­akan satu tendangan penalti di Euro 2016 ketika menentang Jerman.

“K a m i pasukan

 ?? —Gambar AFP ?? LICIK: Ake (tiga kanan) diasak oleh pemain pertahanan Itali ketika melakukan serangan pada aksi di Stadium Allianz, Torino Isnin lepas.
—Gambar AFP LICIK: Ake (tiga kanan) diasak oleh pemain pertahanan Itali ketika melakukan serangan pada aksi di Stadium Allianz, Torino Isnin lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia