Utusan Borneo (Sarawak)

Toure tuduh Guardiola mempunyai ‘masalah dengan warga Afrika’

-

PARIS, Perancis: Pemain tengah, Yaya Toure menuduh pengurus Manchester City, Pep Guardiola mempunyai “masalah dengan warga Afrika” dalam satu temu bual yang dikeluarka­n oleh majalah France Football Selasa lepas.

“Beliau menegaskan beliau tidak mempunyai masalah dengan pemain kulit hitam, kerana beliau adalah terlalu bijak untuk tidak dikesan,” kata Toure. “Tetapi apabila anda menyedari bahawa beliau mempunyai masalah dengan warga Afrika, di mana sahaja beliau berada, saya bertanya kepada diri saya sendiri.”

“Saya bukan pemain pertama bercakap tentang perbezaan dalam layanan ini. Di Barcelona, saya tahu ada yang bertanya persoalan yang sama.”

“Musim panas lepas, apabila Pep menyingkir­kan (Wilfried) Bony, yang dibeli setahun sebelum itu dengan jumlah wang yang banyak, saya mengajukan persoalan,” kata Toure.

Toure hanya bermain 17 perlawanan bersama City musim ini, yang memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan selesa dan beliau mengakui tertanya-tanya jika kekurangan masa beliau bermain adalah ‘bukan kerana warna kulit saya.”

“Saya fikir saya berdepan dengan seseorang yang hanya mahu membalas dendam ke atas saya, yang cemburu dengan saya, beliau menjadikan saya musuhnya. Saya berasa dimalukan,” kata Toure, yang meninggalk­an City pada akhir bulan Jun.

Toure menyertai City selepas tiga musim di Barcelona, di mana beliau juga hilang perhatian selepas Guardiola menjadi jurulatih.

“Sudah ada beberapa ketegangan,” kata Toure, yang menambah beliau sekarang mengambil tanggungja­wab untuk “menjadi orang yang memusnah mitos tentang Guardiola.”

Guardiola “sangat tegar,” kata Toure.

“Pemain lain tidak a k a n berkata s e c a r a terbuka tetapi ada di antara mereka memberitah­u saya mereka sudah membenciny­a kerana beliau memanipula­si dan memainkan banyak permainan minda.”

“Kerana beliau mahu mahukan kemenangan bersama pemainnya, beliau memilih pemain untuk menang, bukan mereka yang tidak dipilih. Ia projeknya.” Toure bermain 319 perlawanan sepanjang lapan musim bersama City dan memenangi Liga Perdana sebanyak tiga kali dan sekali Piala FA. “Untuk menggalakk­an saya bersabar di bangku simpanan, beliau memberitah­u saya: ‘ambil peluang untuk duduk hampir dengan saya. Ia akan berguna kepada anda sebagai latihan untuk pertukaran karier di masa hadapan’. Apa yang saya mahukan ialah bukan memulakan karier baharu tetapi bermain bola sepak kerana saya merasakan saya masih dapat bermain.”

Toure mengadu Guardiola “melakukan segala-gala untuk merosakkan musim terakhir saya” dan menghalang beliau dari menikmati perlawanan selamat jalan seperti dialami Andres Iniesta di Barcelona dan Gianluigi Buffon di Juventus.

“Beliau mencuri ucapan selamat jalan saya kepada City. Saya mahu meninggalk­an kelab ini dengan emosi seperti Iniesta dan Buffon tetapi Pep menghalang­nya.”

Toure berkata beliau merasakan beliau berupaya untuk bermain beberapa musim lagi di peringkat tertinggi. Untuk sebab itu, walaupun gesaan dari ejennya, Dimitri Seluk, Toure menolak tawaran lumayan ke China sejak tahun lalu. “Saya mahu cabaran yang menarikdiE­ropah,” kata beliau.

— AFP

 ??  ?? YAYA TOURE
YAYA TOURE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia