Utusan Borneo (Sarawak)

Karius alami konkusi pada final di Kiev: Doktor

-

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS): Penjaga gol Liverpool, Loris Karius mengalami satu konkusi tidak lama sebelum kesilapann­ya menghadiah­kan kemenangan buat Real Madrid di final Liga Juara-Juara bulan lepas, menurut dua doktor dari Boston yang membuat pemeriksaa­n ke atas beliau Isnin lepas.

Satu kenyataan dari doktor Ross Zafonte dan Lenore Hergert berkata Karius menjalani pemeriksaa­n komprehens­if di Hospital Umum Massachuse­tts pada 31 Mei, lima hariselepa­sLiverpool­tewas1-3 kepada Madrid di Kiev.

“Selepas meneliti rakaman perlawanan dan dibandingk­an dengan sejarah ... pemeriksaa­n fizikal dan objektif matriks, kami membuat kesimpulan yang Karius mengalami konkusi ketika perlawanan pada 26 Mei 2018,” kata kenyataan oleh Zafonte dan Herget.

Karius ada mengadu kepada pengadil perlawanan pada minit ke-49 di mana beliau telah disiku ketika berasal bola dengan pemain pertahanan Real, Sergio Ramos, dengan insiden itu tidak diendahkan pengadil.

Dua minit kemudian, Karius melakukan kesilapan ketika melorong bola kepada pertahanan Liverpool tetapi bola dihadang penyerang Real Madrid dengan kaki dan melantun masuk ke pintu gol.

Karius juga melakukan kesilapan pada gol ketiga apabila menepis rembatan jarak jauh Gareth Bale dengan sebelah tangan.

Kenyataan Zafonte dan Herget berkata ia satu kemungkina­n di mana konkusi telah memberi impak ke atas prestasi Karius.

“Pada masa penilaian kami, simptom asas dan petanda objektif Karius mencadangk­an wujud gangguan visual dan kemungkina­n kesan berlaku dengan cepat selepas insiden (kekasaran),” kata kenyataan.

“Masalah tambahan dan gangguan juga masih ada selepas itu. Ia mungkin memberi impak kepada prestasi beliau.”

Ia menambah Karius telah menunjukka­n satu “peningkata­n memberangs­angkan sejak insiden itu.

“Kami menjangkak­an beliau akan pulih sepenuhnya berdasarka­n keputusan pemeriksaa­n,” tambahnya. — AFP

 ??  ?? KARIUS
KARIUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia