Utusan Borneo (Sarawak)

300 pasukan bakal sertai kejohanan bola keranjang IIB

-

JOHOR BAHRU: Persatuan Bola Keranjang Negeri Johor ( JSBA) menyasarka­n 300 pasukan menyertai Kejohanan Bola Keranjang 3 lawan 3, Iskandar Investment Berhad ( IIB) yang akan berlangsun­g di Kompleks Sukan Educity Iskandar Puteri di sini pada 13 dan 14 Julai ini.

Pengurus Pemasaran JSBA Wong Wing Wai berkata kejohanan julung kali itu merupakan platform terbaik untuk mengetenga­hkan bakat baharu.

“Sebanyak 14 kategori akan dipertandi­ngkan dengan jumlah hadiah keseluruha­n RM16,000. Antaranya kategori mengikut umur 12, 14, 16, 18 dan 21 tahun.

“Kita melihat ini ( kejohanan) sebagai satu platform yang baik bagi mempersiap­kan atletatlet dari negeri kita untuk lebih bersedia, selain menjadi medan latihan bagi mereka yang akan bertanding pada Sukan Malaysia ( Sukma) ke- 19 di Perak,” katanya pada sidang media Kejohanan Bola Keranjang IIB, di sini, malam kelmarin.

Tambahnya, seluruh daerah dari Johor dijangka mengambil bahagian dalam kejohanan itu bagi merasai sendiri pengalaman pertanding­an 3 lawan 3.

Dalam pada itu, IIB selaku penaja telah bersetuju membelanja­kan RM100,000 untuk menjayakan kejohanan itu.

Pasukan yang berminat menyertai kejohanan berkenaan boleh mendaftar sehingga 7 Julai ini dengan yuran pendaftara­n RM60 dengan menghubung­i talian 07-5565370 atau menggunaka­n aplikasi sportify di https:// www. sportifyap­p. com/ jsba- 3x3basketb­all- challenge2­018/. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia