Utusan Borneo (Sarawak)

Zainal Abas optimis pemegang rekod kebangsaan itu berpotensi sumbang pingat Sukan Asia 2018

-

KUALA LUMPUR: Atlet lempar cakera kebangsaan, Muhammad Irfan Samsuddin menjadi harapan utama Kesatuan Olahraga Malaysia ( KOM) untuk menyumbang pingat pada Sukan Asia 2018 di Indonesia, Ogos ini.

Ketua jurulatih skuad olahraga negara, Zainal Abas berkata pemegang rekod kebangsaan itu berpotensi menyumbang pingat berdasarka­n prestasi cemerlang dipamerkan atlet berkenaan yang berjaya memperbaha­rui rekod peribadi miliknya pada beberapa kejohanan disertai tahun ini.

Selain itu, anak jati Seremban itu berada pada ranking ketiga benua Asia di hadapan dua atlet Iran, jelas Zainal.

“Kalau harapan pingat saya lihat pada Muhammad Irfan... itupun sekiranya beliau tidak mengulangi kesilapan sama ketika beraksi pada Sukan Komanwel Gold Coast, April lepas di

Kalau harapan pingat saya lihat pada Muhammad Irfan... itupun sekiranya beliau tidak mengulangi kesilapan sama ketika beraksi pada Sukan Komanwel Gold Coast, April lepas di mana lemparan beliau dibatalkan. Zainal Abas Ketua jurulatih skuad olahraga

mana lemparan beliau dibatalkan.

“Beliau kini berada di Eropah untuk sesi latihan dan pertanding­an di sana dan kalau kita lihat dua ke tiga tahun kebelakang­an ini, beliau berjaya memperbaik­i rekod kebangsaan,” kata Zainal.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyerahka­n senarai nama atlet kepada Jawatankua­sa Pemilihan Sukan Asia di Wisma Majlis Olimpik Malaysia, di sini semalam.

Dalam pada itu, Zainal berkata tujuh atlet diletakkan dalam kategori A ( perbelanja­an ditanggung sepenuhnya) manaka a k a l a s e - lebihnya dalam kategori B i a i t u pihak persatuan perlu mendahuluk­an wang mereka dan akan dibayar balik sekiranya atlet berjaya meraih sekurang- kurangnya pingat gangsa.

Tujuh atlet berkenaan adalah Nauraj Singh Randhawa dan Lee Hup Wei ( lompat tinggi); Muhammad Irfan, Muhammad Hakimi Isma Ismail (lompat kijang); Zaidatul Zaida Husniah Zulkifli ( pe pecut wanita), Luqman Hakim Ha Ramlan (lompat ja jauh lelaki) dan Norliyana Kamaruddin (heptathl (heptathlon wanita). Atlet d dalam kategori B a d a l a h Raja Pecut kebangsaan K h a i r u l Hafiz Jantan, Muhammad Rayzam Shah Wan Sofian ( 110m lelaki) serta kuartet 4 4x100m lelaki; Iskandar Alw Alwi dan Chuah Yu Tian (lom (lompat bergalah); serta Jacky Wong Wo Siew Cheer (baling tukul besi lelaki).

Pada masa sama, Zainal tidak menolak kemungkina­n perubahan dalam kuartet 4x100m lelaki pada Sukan Asia selepas aksi menonjol ditampilka­n dua pelari muda, Muhammad Haiqal Hanafi dan Zulfiqar Ismail dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

“Kita ada empat nama dari Sukan Komanwel Gold Coast 2018 iaitu Nixson Kennedy, Jonathan Nyepa, Badrul Hisham Abdul Manap dan Khairul Hafiz, tetapi kita melihat prestasi semasa atlet seperti Muhammad Haiqal dan Zulfiqar yang turut menampilka­n catatan masa agak baik,” kata Zainal. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KENCANG: Nadal melakukan pukulan‘smash’ ketika beraksi menentang Marterer pada perlawanan pusingan keempat Terbuka Perancis di Paris, Perancis kelmarin.
— Gambar Bernama KENCANG: Nadal melakukan pukulan‘smash’ ketika beraksi menentang Marterer pada perlawanan pusingan keempat Terbuka Perancis di Paris, Perancis kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia