Utusan Borneo (Sarawak)

Saya tidak berasa tua: Nadal

-

PARIS, Perancis: Rafael Nadal berkata beliau tidak “berasa tua” selepas meneruskan kemaraan untuk memburu kejuaraan ke-11 di Terbuka Perancis dengan menewaskan Maximilian Marterer dari Jerman dan melangkah ke suku akhir sehari selepas meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-32.

Pemain nombor satu dunia dari Sepanyol itu menang 63, 6-2 dan 7-6(7/4) ke atas pemain ranking ke-70 dunia untuk kemenangan ke-900 beliau dalam Jelajah ATP.

Ia juga menyamai rekod 12 penampilan di suku akhir di Terbuka Perancis, yang dicipta Novak Djokovic sehari sebelum itu.

Nadal kini merupakan pemain ketiga dalam senarai keseluruha­n kemenangan paling banyak pada satu kejohanan Grand Slam dengan 234 kemenangan selepas melepasi Jimmy Connors.

“Saya tidak berasa tua. Tetapi saya 32 tahun, dan saya sudah beraksi di sini sejak 2003, jadi ia satu perjalanan yang jauh,” kata beliau.

“Saya bermula di usia sangat muda. Itu apa yang benar tetapi tidak, saya berasa gembira berada di sini. Secara jujurnya, saya gembira setiap hari dalam jelajah ini dan saya berharap untuk terus mengekalka­nnya untuk satu tempoh lebih lama lagi.”

Nadal melakukan 39 pukulan kemenangan dan akan bertemu Diego Schwartzem­an dari Argentina di suku akhir selepas pemain pilihan ke-11 itu menewaskan pilihan keenam, Kevin Anderson dari Afrika Selatan 1-6, 2-6, 7-5, 7-6 (7/0) dan 6-2.

“Ia sentiasa menarik untuk melihat beliau di suku akhir kerana beliau adalah rakan baik. Beliau bermain bersungguh- sungguh dan saya gembira melihat beliau mencapai kejayaan. Saya berharap beliau tidak melakukan yang lebih bagus lagi,” kata Nadal dengan nada berseloroh.

Marterer – yang bermain buat kali pertama dalam undian sebenar kejohanan – mendahului 3-1 pada set ketiga ketika beliau mengancam untuk menjadi pemain pertama yang memenangi satu set ketika menentang Nadal di sini sejak tewas di suku akhir kepada Djokovic pada 2015.

Nadal kini menang 37 perlawanan berturut-turut tanpa tewas satu set di sini, kurang empat dari rekod Bjorn Borg yang dicipta pada 1979 dan 1981.

Tetapi Nadal dengan pantas mengembali­kan permainann­ya untuk menamat segala impian tipis itu.

Pada perlawanan lain, pilihan kelima dari Argentina, Juan Martin del Potro menewaskan John Isner dari Amerika Syarikat (AS) 6-4, 6-4 dan 6-4 untuk melangkah ke peringkat suku akhir yang pertama sejak 2012.

Pemain berusia 29 tahun itu akan bertemu sama ada pilihan ketiga dari Croatia, Marin Cilic atau Fabio Fognini dari Itali. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia