Utusan Borneo (Sarawak)

Terbuka Perancis: Serena berundur, Sharapova melangkah ke separuh akhir pertama sejak 2016

-

PARIS, Perancis: Serena Williams mengumumka­n pengundura­n mengejut dari Terbuka Perancis kerana kecederaan, beberapa minit sebelum dijadualka­n bertemu Maria Sharapova di pusingan keempat kejohanan Isnin lepas.

Pemain berusia 36 tahun dari Amerika Syarikat (AS) itu mengalami kecederaan otot ketika menewaskan Julia Goerges pada perlawanan pusingan ketiga dan “tidak dapat melakukan pukulan servis”.

Pemenang 23 kejohanan Grand Slam itu menambah beliau akan terus kekal di Paris keesokan hari untuk menjalani pemeriksaa­n lanjut.

“Malangnya saya mempunyai beberapa masalah dengan otot tangan saya dan ia menjadi lebih teruk di mana saya langsung tidak dapat melakukan servis. Ia sukar untuk bermain apabila anda tidak dapat melakukan servis,” jelas beliau.

Beliau juga tidak dapat menjelaska­n sama ada beliau akan cergas untuk kejohanan Wimbledon, yang akan berlangsun­g dalam tempoh empat minggu lagi.

“Saya sangat kecewa,” kata pemenang tiga kali di sini, yang bermain kejohanan Grand Slam pertama beliau sejak memenangi Terbuka Australia 2017 ketika hamil dua bulan.

Beliau juga beraksi pada kejohanan ketiga tahun ini selepas melahirkan anak perempuan pada bulan September tahun lepas.

“Saya melepaskan begitu banyak masa bersama anak dan keluarga untuk saat seperti ini. Jadi ia sesuatu yang sukar untuk saya terima.”

Williams, yang berada pada ranking ke-451 dunia kerana tidak beraksi begitu lama, belum pernah tewas kepada Sharapova sejak 2004, dengan memenangi 18 perlawanan terakhir.

Ia merupakan perlawanan yang dinanti- nanti pada kejohanan ini, berlaku dua hari selepas Williams mengkritik autobiogra­fi Sharapova sebagai “100 peratus karut” apabila merujuk tentang dirinya (Williams).

“Saya fikir Serena membenci saya kerana budak kurus yang menewaskan­nya, mengatasi semua kebarangka­lian, di Wimbledon,” menurut petikan buku Sharapova bertajuk ‘Unstoppabl­e’.

“Tidak lama selepas itu saya mendengar Serena memberitah­u seorang rakan, yang kemudian memberitah­u saya ‘ saya tidak akan tewas lagi kepada budak jalan itu’.’

Sharapova, juara Terbuka Perancis pada 2012 dan 2014, akan melangkah ke suku akhir buat kali pertama sejak tewas kepada Williams di peringkat yang sama di Terbuka Australia pada 2016.

Pada kejohanan itu, Sharapova disahkan positif kerana bahan larangan meldonium di mana beliau dijatuhi hukuman penggantun­gan 15 bulan.

Beliau akan berdepan juara 2016, Garbine Muguruza, yang mendahului 2-0 ketika lawannya Lesia Tsurenko dari Ukraine menarik diri kerana kecederaan kaki.

“Saya tidak sabar pertemuan menentang Serena dan saya kecewa kerana beliau terpaksa menarik diri,” kata Sharapova dalam satu kenyataan.

“Saya berharap beliau akan kembali sembuh dan beraksi semula.”

Walaupun hanya bermain empat perlawanan pada 2018 sebelum ke Terbuka Perancis, Williams bermain acara bergu bersama kakaknya, Venus di Paris.

Mereka bagaimanap­un tewas kepada bergu Andreja Klepac dan Maria Jose Martinez Sanchez Ahad lepas.

Penarikan diri Serena menyelubun­gi jadual perlawanan Isnin lepas. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? CEDERA: Reaksi Serena ketika mengumumka­n pengundura­nnya dari Terbuka Perancis pada sidang media di Paris, Perancis Isnin lepas.`
— Gambar AFP CEDERA: Reaksi Serena ketika mengumumka­n pengundura­nnya dari Terbuka Perancis pada sidang media di Paris, Perancis Isnin lepas.`

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia