Utusan Borneo (Sarawak)

Raja Muda Selangor berkenan sandang presiden FAS

-

SHAH ALAM: Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menerima tawaran untuk menyandang jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata Tengku Amir Shah bertitah bahawa FAS harus melakukan anjakan paradigma dan perubahan menyeluruh dalam mengembali­kan kegemilang­an arena bola sepak negeri Selangor.

“Baginda menekankan bahawa ini bukannya masa untuk mengadu domba ataupun mencari kesalahan lampau.

“B a g i n d a s e n t i a s a menyokong penuh pembanguna­n bola sepak terutamany­a di peringkat akar umbi dan fokus harus diberikan untuk memastikan FAS serta pasukan bola sepak Selangor terus mara ke hadapan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sehubungan itu, Mohamad Munir berkata Tengku Amir Shah menitahkan rakyat untuk bersamasam­a menyokong penuh pembaharua­n yang akan dilakukan baginda apabila menerajui FAS nanti.

Mohamad Munir berkata baginda yakin pasukan kesayangan rakyat Selangor ini akan dapat mencapai kegemilang­an lebih cemerlang pada masa akan datang.

Sebelum ini, bekas pengurus pasukan Selangor, Zakaria Ibrahim dilapor mengesahka­n Tengku Amir Shah bersedia untuk memikul tanggungja­wab sebagai Presiden FAS yang baharu pada Julai ini.

Baginda, yang j uga Penaung Diraja FAS, bakal menggantik­an Datuk Seri Subahan Kamal yang secara rasmi melepaskan jawatan itu pada 3 Julai ini. — Bernama

 ??  ?? SERTAI KAMI: Lau (duduk lima kanan) bersama yang lain pada sidang media mengenai ‘The Rave Hash Run’ di Sibu semalam.
SERTAI KAMI: Lau (duduk lima kanan) bersama yang lain pada sidang media mengenai ‘The Rave Hash Run’ di Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia