Utusan Borneo (Sarawak)

‘Solo’ masih ungguli box office Amerika Utara walaupun jualan tiket jauh kurang

-

FILEM ‘Solo: A Star Wars Story’ terus berpaut di tempat teratas dalam teaterteat­er Amerika Utara pada hujung minggu lepas tetapi sekali lagi jatuh di bawah jangkaan, dengan kutipan jualan tiket hanya AS$29.4 juta iaitu satu pertiga daripada pembukaan hujung minggunya.

Dengan kutipan itu bermakna filem berada jauh di belakang dua pendahulu sebelum ini dalam francais cereka sains yang popular: ‘Rogue One’ (2016) yang memperoleh­i AS$64 juta pada hujung minggu kedua manakala tahun lepas ‘The Last Jedi’ melakukan bahkan lebih baik, dengan AS$72 juta.

Beberapa penganalis­is filem menyalahka­n ‘Star Wars’ keletihan.

Bahkan dengan piawaian sekuel/ prekuel yang banyak di Hollywood hari ini, francais dari Lucasfilm milik Disney telah cepat berkembang biak.

Dibintangi Alden Ehrenreich sebagai versi lebih muda juruterban­g angkasa lepas ranggi yang popular itu, ‘Solo’ telah mengumpul global kumulatif sejumlah AS$264 juta, menjadikan­nya filem ke15 untuk tahun 2018.

Menyusul dekat di tempat kedua dengan AS$23.2

juta ialah filem ‘Deadpool 2’ terbitan Fox iaitu filem yang ke-11 dalam siri X-Men, dibintangi Ryan Reynolds sebagai watak utama.

Di tempat ketiga ialah filem baharu, ‘Adrift’ dari STX Films, dengan AS$11.6 juta.

Filem itu dibintangi oleh Shailene Woodley dan Sam Claflin dalam cerita benar mengenai satu pasangan muda di mana perahu layar mereka dihentam oleh taufan di tengah lautan, menyebabka­n Claflin cedera teruk, bot musnah dan Woodley perlu mencari jalan kembali tanpa bantuan alat pemanduan arah atau komunikasi.

Dalam minggu keenamnya ditayangka­n, ‘Avengers: Infinity War’ Marvel memperoleh­i AS$10.6 juta untuk menduduki tempat keempat.

Filem itu, dibintangi Robert Downey Jr., Benedict Cumberbatc­h dan Scarlett Johansson, telah mendapat AS$643 juta dalam pasaran domestik Amerika dan adalah pengeluara­n global keempat terbesar dengan AS$1.97 bilion.

Di tempat kelima ialah filem komedi romantik Paramount ‘Book Club’, yang memperoleh­i AS$7 juta.

Dibintangi oleh Jane Fonda, Diane Keaton, Candice Bergen dan Mary Steenburge­n sebagai rakan seusia yang membuat keputusan membaca buku trilogi ‘Fifty Shades’ yang akhirnya merangsang bukan sekadar intelekint­elek mereka malah kehidupan harian mereka juga.

Melengkapk­an 10 filem teratas di Amerika Utara pada hujung minggu adalah ‘Upgrade’ (AS$4.7 juta), ‘Life of the Party’ (AS$3.5 juta), ‘Breaking In’ (AS$2.8 juta), ‘Action Point’ (AS$2.4 juta) dan ‘Overboard’ (AS$1.9 juta). — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? HAN SOLO: Alden Ehrenreich dan Emilia Clarke semasa tayangan perdana ‘Solo: A Star Wars Story’ di Los Angeles barubaru ini.
— Gambar Reuters HAN SOLO: Alden Ehrenreich dan Emilia Clarke semasa tayangan perdana ‘Solo: A Star Wars Story’ di Los Angeles barubaru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia