Utusan Borneo (Sarawak)

Siri ‘ The Musketeers’ musim ketiga kembali temui penonton TV2 mulai 10 Jun ini

-

BERITA baik pastinya kepada penggemar dan pengikut setia siri Inggeris ‘The Musketeers’ apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjanjika­n tayangan siri ketiga rancangan yang mengangkat kisah perjuangan pahlawan raja mempertaha­n keamanan negara ini.

Disiarkan mulai 10 Jun ini, setiap Ahad, jam 10.30 malam menerusi saluran TV2, siri 10 episod ini menampilka­n pelakon utama Santiago Cabrera, Tamal Kari, Howard Charles, Tom Burke dan Luke Pasqualino.

Perjuangan pahlawan diraja ini bermula dengan menentang sekumpulan merompak menawan sebuah biara yang menempatka­n anak-anak yatim dan paderi.

Perompak ini telah membunuh paderi dan menjadikan penghuni lain tahanan. Mereka menyembuny­ikan senjata dan bahan ledakan untuk dijual.

Justeru tiga pahlawan ini bertanggun­g jawab untuk menghapusk­an penjahat. Mereka bertarung dan menghadapi pelbagai cabaran sebelum dapat menyelamat­kan penghuni biara dan memusnahka­n bahan letupan.

Namun malangnya setelah berjaya, gabenor pula memperleke­hkan perjuangan mereka.

Episod seterusnya membawa kepada kisah sekumpulan pahlawan ini menyiasat dan membantera­s kegiatan haram rasuah beras untuk menyelamat­kan pelarianpe­larian daripada mati kebuluran.

Dalam siasatan mereka mendapati beras sengaja disorokkan untuk dijual kepada pemerintah dengan harga yang melambung tinggi.

Akhirnya mereka dapat membuktika­n di hadapan raja sememangny­a ada kegiatan rasuah di kalangan pembesar negara.

Dalam episod tiga, sekumpulan pahlawan ini ditugaskan untuk menyiasat dakwaan perancanga­n rampasan kuasa. Menteri memaklumka­n bahawa adik raja merancang untuk merampas kuasa raja dengan bantuan gabenor yang belot.

Raja tidak mempercaya­inya dan mengarahka­n pahlawan bertiga mencari dokumen sulit tersebut sebagai bukti. Pasukan pahlawan terpaksa melawan kumpulan pemberonta­k dan tentera yang belot. Di akhir cerita mereka berjaya menemui bukti dan adik raja dihukum semula.

Berikutnya kisah Ratu England telah dirompak semasa dalam perjalanan ke Paris. Raja Perancis mengarahka­n ‘The Musketeers’ untuk menyiasat dan menangkap penjenayah yang melakukan rompakan permata-permata tersebut.

The Musketeers terpaksa berdepan dengan berbagai rintangan dan perlawanan untuk mendapatka­n semua permata-permata tersebut. Akhirnya penjenayah yang merompak dapat ditewaskan dan permataper­mata tersebut dikembalik­an kepada Ratu England.

Ikuti kisah perjuangan sekumpulan soldadu ini mengawal tawanan penjara yang merusuh dan cuba meloloskan diri secara besar-besaran. Kegiatan ini telah didalangi oleh dua lelaki yang menggunaka­n orang tahanan untuk merompak harta perbendaha­raan diraja dan seterusnya berkomplot untuk menyerang dan menawan raja.

Akhirnya pasukan soldadu berjaya menggagalk­an rompakan tersebut disamping menyelamat­kan permasuri dari dibunuh oleh seorang gila yang mengaku dirinya sebagai raja.

Berikutnya kumpulan pengawal peribadi raja ini cuba untuk dibunuh untuk memudahkan rancangan rampasan kuasa Perancis.

Dengan surat arahan palsu, anggota The Musketeers telah dipisahpis­ahkan dan menjadi sasaran untuk dibunuh. Satu demi satu cubaan tersebut itu digagalkan. Akhirnya Raja dan takhta raja Perancis terselamat daripada rampasan kuasa yang didalangi oleh adik raja dan sekutunya.

Cabaran diterima The Musketeers dalam episod seterusnya apabila mereka diarah untuk menjejaki seorang penjahat. Mereka terperangk­ap dalam sebuah kampung di mana semua penghuniny­a wanita sahaja.

Mereka diberi kebenaran untuk menumpang satu malam sahaja. Pada malam tersebut kampung tersebut telah diserang oleh penjahat. Pasukan pahlawan membantu penduduk kampung tersebut berjuang dan akhirnya berjaya mengalahka­n kumpulan penjahat.

Turut diketengah­kan perjuangan mereka menyelamat­kan seorang lelaki diutus oleh Ratu perancis untuk menemui Raja Sepanyol bagi membincang­kan perdamaian di antara dua negara yang bertelagah.

Bagaimanap­un ketika dalam perjalanan lelaki itu telah ditawan oleh kumpulan penjenayah. Rakan-rakannya pergi menjejakin­ya untuk menyelamat­kan sahabat mereka dan menghapusk­an kumpulan tersebut.

Seterusnya apabila raja mati, kerajaan menjadi huru hara akibat pemberonta­kan, perebutan takhta dan cubaan pembunuhan pewaris raja.

The Musketeers cuba membantu Menteri yang memangku kerajaan berjuang untuk memulihkan keamanan negara dengan melindungi bakal pewaris tahta, menumpaska­n rampasan kuasa dan memadamkan pemberonta­kan. Di akhir cerita mereka berjaya namun Menteri pemangku terbunuh ketika melaksanak­an misi tersebut.

Episod akhir membawa kepada kemuncak bila dalang rampasan kuasa yang gagal cuba membunuh anggota pasukan The Musketeers dengan pelbagai cara. Namun adakah percubaan mereka berjaya?

 ??  ??
 ??  ?? KEMBALI LAGI: Disiarkan mulai 10 Jun ini, siri 10 episod ini menampilka­n pelakon utama Santiago Cabrera, Tamal Kari, Howard Charles, Tom Burke dan Luke Pasqualino.
KEMBALI LAGI: Disiarkan mulai 10 Jun ini, siri 10 episod ini menampilka­n pelakon utama Santiago Cabrera, Tamal Kari, Howard Charles, Tom Burke dan Luke Pasqualino.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia