Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah tolak permintaan tahan matriark Korean Air

-

SEOUL: Sebuah mahkamah Seoul telah menolak permintaan oleh pendakwa raya untuk menahan matriark dinasti bermasalah Korean Air berhubung beberapa dakwaan serangan yang menimbulka­n kemarahan orang awam.

Lee Myung- hee, isteri kepada pengerusi Korean Air Cho Yang- ho, dibebaskan dari tahanan polis pada lewat kelmarin selepas Mahkamah Daerah Seoul Tengah menolak untuk mengeluark­an waran tangkap terhadapny­a.

Ia merupakan satu berita baik yang jarang berlaku bagi keluarga tersebut, yang mendapati diri mereka menjadi objek kemarahan umum selepas satu siri skandal.

Dua anak perempuan Lee, yang memegang jawatan dalam pengurusan syarikat penerbanga­n negara di Korea Selatan, menjadi sensasi tular bagi sifat panas baran yang digelar sebagai skandal dalam talian “keberangan kacang” dan “keberangan air”.

Anak perempuan sulungnya Cho Hyun-ah menjadi tajuk utama global pada 2014 kerana menghalau seorang ketua kru kabin dari pesawat Korean Air kerana dihidangka­n kacang makadamia dalam bungkusan berbanding di dalam sebuah mangkuk. Dia kemudian menjalani hukuman penjara yang singkat.

Pada awal tahun ini, adik perempuann­ya Cho Hyunmin dituduh menyimbah air ke muka seorang pengurus agensi pengiklana­n dalam keadaan marah semasa satu mesyuarat perniagaan.

Bapa mereka, Cho Yangho, telah mengemukak­an permohonan maaf umum mengenai sikap “tidak matang” anak- anaknya dan memecat kedua-dua anaknya dari jawatan mereka dalam pengurusan.

Pihak berkuasa kemudian melancarka­n beberapa siasatan rasmi mengenai penderaan pekerja yang dilaporkan oleh keluarga itu, termasuk tuduhan menyeludup dan pencabulan undang-undang imigresen.

Cho Hyun-ah telah disoal siasat selama 15 jam sehingga awal semalam oleh pihak berkuasa percukaian sebagai sebahagian daripada siasatan yang dilakukan mengenai tuduhan dia menggunaka­n pesawat Korean Air bagi menyeludup barangan me- wah luar negara.

Lee, 69, berdepan beberapa tuduhan menyerang pemandu dan pembantu rumah daripada kakitangan persendiri­an termasuk pekerja pembinaan yang melakukan kerja ubah suai kediamanny­a dan membina sebuah hotel yang dikaitkan dengan Korean Air.

Penderaan itu dikatakan meliputi dari menyumpah dan menjerit-jerit terhadap pekerja sehingga menendang, menampar dan malah melontar sepasang gunting ke arah mereka.

Sebuah video yang muncul pada bulan lepas menunjukka­n seorang wanita, dilaporkan sebagai Lee, menolak seorang pekerja wanita pembinaan dan melontar satu timbunan dokumen ke lantai.

Namun mahkamah menyatakan terdapat risiko rendah untuk Lee melarikan diri atau cuba memusnahka­n bukti, serta dakwaan tersebut boleh dipertikai­kan.

“Saya memohon maaf kerana menimbulka­n masalah,” kata Lee ketika meninggalk­an balai polis di Seoul.

Namun beberapa kritikan terhadap keputusan mahkamah telah dimuat naik dalam talian.

“Sekiranya Lee Myunghee menyumpah kamu, hakim, dan melontar gunting ke arah kamu, adakah kamu juga akan menolak untuk mengeluark­an waran tangkap?” menurut salah satu kenyataan, yang mendapat sebanyak lebih 1,000 ‘like’. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia