Utusan Borneo (Sarawak)

Pendakwa raya AS tuduh Manafort cuba ganggu saksi

-

BEIRUT: Lubnan menahan seorang rakyat Itali yang merupakan sebahagian daripada sebuah kumpulan yang menyeludup kokain disembunyi­kan di dalam botol alkohol melalui beberapa lapangan terbang antarabang­sa dan ke negara Timur Tengah, kata pasukan keselamata­n kelmarin.

Rakyat Itali yang tidak dinyatakan namanya itu, ditangkap pada Mei semasa ketibaan dari Paraguay, adalah salah seorang daripada lapan rakyat asing terlibat dalam operasi penyeludup­an.

Pihak berkuasa turut menahan dua rakyat Lubnan, seorang pada bulan lepas dan seorang lagi pada bulan April, kerana menjual dan membawa dadah.

Kumpulan terdiri daripada empat rakyat Itali, dua dari Brazil, seorang rakyat Argentina dan seorang rakyat Jerman “mengkhusus dalam menyeludup kuantiti besar kokain ke Lubnan”, menurut kenyataan.

Pihak berkuasa sedang memburu anggota kumpulan yang lain.

Kokain itu telah “ditukarkan kepada cecair... dan dimasukkan di dalam botol alkohol dalam beg bebas cukai dari sebuah lapangan terbang luar negara”, katanya, melepasi pemeriksaa­n keselamata­n “di beberapa lapangan terbang antarabang­sa” sebelum mendarat di Lubnan.

Penyeludup kemudian “menyewa beberapa bilik hotel di sekitar negara di mana mereka akan tinggal untuk satu tempoh singkat ketika mereka mengasingk­an kokain daripada cecair”.

Tujuannya adalah untuk “menjual ia kepada pengedar dadah Lubnan sebagai pertukaran dengan ratusan ribu dolar”, katanya.

Rakyat Itali tersebut mengaku telah melakukan 20 misi penyeludup­an dadah ke Lubnan, tambahnya.

Lubnan telah berusaha untuk membantera­s pengeluara­n kanabis dan opium sejak beberapa dekad lepas, selepas ia berkembang semasa perang saudara dari tahun 1975 hingga 1990.

Pada 2015, Lubnan mendakwa seorang putera Arab dan sembilan yang lain dengan penyeludup­an dadah, selepas mereka ditangkap cuba menyeludup dua tan kapsul Captagon dan kokain dalam sebuah pesawat persendiri­an keluar dari Beirut dalam rampasan dadah terbesar di negara itu. — AFP WASHINGTON: Pendakwa raya Amerika Syarikat (AS) kelmarin menuduh bekas pengerusi kempen Donald Trump, Paul Manafort, yang berdepan dengan beberapa pertuduhan mengubah wang, menipu bank dan melobi secara haram, cuba mengganggu saksi.

Usul yang dikemukaka­n oleh Peguam Khas Robert Mueller, yang mengetuai siasatan utama ke atas dakwaan tentang campur tangan Rusia dalam pilihan raya, berkata Manafort telah menghubung­i saksi menerusi telefon dan teks pesanan rahsia bagi tujuan mendapatka­n “keterangan palsu”.

Ia menambah aktiviti sedemikian sama seperti melanggar terma ikat jaminnya, yang “mencetuska­n andaian berkanun yang memihak kepada penahanan”, yang bermakna dia boleh dikenakan hukuman penjara sebelum perbicaraa­nnya.

Manafort diletakkan di bawah tahanan rumah sejak dia disabit kesalahan pada Oktober lalu.

Menurut dokumen mahkamah, dia cuba mendapatka­n sumpah bohong daripada saksi yang mungkin akan dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung aktiviti “kumpulan Hapsburg” yang didakwa menjalanka­n kerja melobi yang salah di sisi undang-undang untuk Ukraine.

Pada Februari lalu, lelaki berusia 69 tahun itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengubah wang, melobi secara haram dan berbohong, yang membawa kepada perbicaraa­n pertama yang dihasilkan oleh siasatan Mueller, yang dijadual bermula pada 17 September.

Kemudian pada Mac lalu, dia mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan penipuan bank dan cukai, yang membawa kepada perbicaraa­n berasingan pada 10 Julai akan datang.

Siasatan Mueller kini sudah memasuki tahun kedua, dan terus mendominas­i politik AS dan pada waktu yang sama menyusahka­n kepimpinan Trump.

Setakat ini siasatan itu sudah mengeluark­an 22 pendakwaan – yang mana 16 adalah untuk syarikat dan individu Rusia yang dikaitkan dengan campur tangan dalam talian pada pilihan raya 2016.

Yang lain termasuk Michael Flynn, bekas penasihat keselamata­n negara Trump, yang mengaku bersalah atas satu pertuduhan berbohong kepada penyiasat pada 1 Disember lalu; rakan kongsi Manafort yang lama dan timbalan pengerusi kempen Rick Gates dan penasihat dasar luar kempen, George Papadopoul­os.

Ketiga-tiga mereka mengusahak­an perjanjian pengakuan dan berjanji untuk bekerjasam­a dengan siasatan.

Awal kelmarin, Trump menepis peranan Manafort dalam kempen pilihan rayanya dan mengadu bahawa Biro Siasatan Persekutua­n (FBI) sepatutnya memaklumka­n kepadanya bahawa pengerusin­ya sedang disiasat.

“Sebagai hanya seorang daripada dua orang yang masih tinggal dan dapat menjadi presiden, kenapa FBI atau Jabatan Keadilan tidak memberitah­u saya bahawa mereka sedang menyiasat Paul Manafort secara sulit?” beliau bertanya.

“Paul Manafort menyertai kempen sangat lewat dan bersama kami bagi jangka waktu yang singkat ( dia pernah mewakili Ronald Reagan, Bob Dole dan ramai lagi selama ini), tetapi kami sepatutnya diberitahu bahawa Comey dan pegawainya sedang menyiasatn­ya, dan dia pasti tidak akan dilantik!” — AFP

 ??  ?? MANAFORT
MANAFORT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia