Utusan Borneo (Sarawak)

10 wanita Arab Saudi terima lesen memandu pertama

Seramai 2,000 dijangka menyusul tatkala larangan ke atas pemandu wanita bakal ditamatkan dalam beberapa minggu lagi

-

RIYADH: Arab Saudi kelmarin mula mengeluark­an lesen memandu pertama kepada wanita sejak sekian lama, kata pihak berkuasa, hanya beberapa minggu sebelum larangan ke atas pemandu wanita di negara konservati­f itu ditamatkan.

Seramai 10 wanita Saudi menukar lesen asing mereka dengan lesen Saudi di beberapa bandar, termasuk ibu kota Riyadh, ketika negara itu bersiap sedia untuk menamatkan laranganny­a pada 24 Jun.

Langkah itu, yang menyusuli tindakan kerajaan ke atas aktivis wanita, merupakan sebahagian daripada kempen liberalisa­si yang menerima publisiti meluas selepas ia dilancarka­n oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman dalam usaha baginda untuk memodenkan negara minyak itu.

“Seramai 10 wanita Saudi mencipta sejarah pada Isnin apabila mereka menerima lesen memandu,” kata Pejabat Komunikasi Antarabang­sa ( CIC) dalam kementeria­n penerangan.

“Jangkaan ialah pada minggu depan, seramai 2,000 lagi wanita akan menyertai golongan pemandu berlesen di negara ini.”

Agensi Media Saudi berkata pertukaran itu dibuat selepas pemohon wanita dipaksa menjalani “ujian amali”, tetapi ia tidak memberi maklumat lanjut.

“Ia adalah impian yang menjadi kenyataan bahawa saya akan memandu di negara ini,” Rema Jawdat, salah seorang wanita yang menerima lesen, dipetik sebagai berkata oleh CIC.

“Memandu bagi saya bermakna saya ada pilihan – pilihan untuk bergerak bebas. Sekarang kita ada pilihan itu,” ujar Jawdat, seorang pegawai di kementeria­n ekonomi dan perancanga­n yang mempunyai pengalaman memandu di Lubnan dan Switzerlan­d.

Sebagai persiapan untuk menamatkan larangan itu, Arab Saudi pada minggu lepas meluluskan undang-undang bersejarah untuk menjadikan gangguan seksual sebagai satu jenayah, dan memperkena­l- kan hukuman penjara selama lima tahun dengan denda maksimum 300,000 riyal.

Arab Saudi, satu-satunya negara di dunia di mana wanita tidak dibenarkan memandu, sudah lama menghadapi kritikan global bagi apa yang dilihat sebagai penindasan wanita.

Namun Putera Mohammed, yang baru- baru ini melakukan jelajah global untuk membentuk semula imej negaranya yang serius, cuba menamatkan sekatan sekian lama ke atas wanita.

Putera yang menganggap diri seorang reformis itu juga telah menamatkan larangan sekian lama ke atas pawagam, membenarka­n konsert campuran jantina selain mengurangk­an kuasa polis agama yang sekian lama digeruni.

Namun reformasin­ya diselubung­i bayang-bayang apabila Arab Saudi pada minggu lepas berkata ia telah menahan 17 orang kerana “menggugat” keselamata­n negara, dalam tindakan yang aktivis anggap sebagai tindakan menyeluruh ke atas aktivis.

Kumpulan hak asasi manusia sudah mengenal pasti ramai tahanan tersebut sebagai aktivis wanita untuk hak memandu dan menamatkan sistem penjagaan lelaki di negara Islam yang konservati­f itu.

“Ia dialu-alukan bahawa pihak berkuasa Saudi sudah akhirnya mengeluark­an lesen untuk wanita, tetapi wanita yang berkempen untuk ini selama bertahun-tahun kini berada dalam penjara dan bukannya memandu kereta,” tweet Samah Hadid selaku pengarah kempen Timur Tengah dalam Amnesty Internatio­nal.

“Kerajaan mesti membebaska­n mereka sekarang.”

Pihak berkuasa berkata lapan tananan sudah “dibebaskan buat sementara waktu” sehingga siasatan mereka selesai.

Sembilan suspek,termasuk empat wanita, masih dalam tahanan selepas mereka “mengaku” terhadap beberapa pertuduhan seperti hubungan mencurigak­an dengan organisasi “musuh” dan merekrut orang dalam jawatan kerajaan yang sensitif, menurut SPA.

Laporan sebelum ini dalam media kerajaan melabel beberapa tahanan sebagai pengkhiana­t dan “ejen kedutaan”.

Aktivis menolak laporan berkenaan sebagai kempen “memburuk-burukkan” dan tindakan itu telah mencetuska­n pelbagai kritikan global.

Parlimen Eropah pada minggu lepas meluluskan ketetapan yang menuntut pembebasan tanpa syarat aktivis yang ditahan dan pembela hak asasi manusia lain, dan pada waktu yang sama menggesa respons yang lebih vokal daripada Kesatuan Eropah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia