Utusan Borneo (Sarawak)

Remaja didapati bersalah berkomplot serang Britain

-

LONDON: Seorang remaja London didapati bersalah kelmarin kerana membuat persediaan untuk serangan ke atas Muzium British sebagai sebahagian daripada kumpulan semua perempuan yang pertama di negara ini dikaitkan dengan kumpulan Daesh (IS), kata polis dan pendakwa raya.

Safaa Boular, 18, merancang serangan bom tangan dan senjata di bandar asalnya selepas pihak berkuasa campur tangan untuk menghalang dia pergi ke Syria untuk mengahwini seorang pejuang IS yang dia temui dalam talian.

Dia merupakan wanita paling muda yang didakwa merancang serangan IS di Britain.

Boular hanya berusia 16 tahun ketika dia mula berhubung dengan pejuang IS kelahiran Britain Naweed Hussain, 32, membincang­kan tentang perkahwina­n dan bagaimana mereka akan memakai tali pinggang bom mereka berdua.

Namun harapannya untuk menyertai Hussain musnah apabila dia dihalang di lapangan terbang pada Ogos 2016 selepas satu lawatan keluarga ke Maghribi, dan pasportnya telah dirampas.

Sebaliknya Boular memutuskan untuk merancang serangan di Britain, menyatakan ia secara terperinci dalam bahasa kod – grenad adalah “nanas” – kepada orang hubungan dalam talian yang sebenarnya adalah ejen menyamar.

Hussain kemudian terbunuh dalam satu serangan dron.

Ketika Boular didakwa kerana menyediaka­n tindakan pengganas pada April 2017, dia menyerahka­n tugas tersebut kepada kakaknya Rizlaine, 22, dan ibu mereka Mina Dich, 44, yang merancang rancangan mereka sendiri.

Ketiga-tiga mereka telah dirakam bercakap mengenai majlis bertemakan ‘Alice in Wonderland’, yang menurut pendakwa raya adalah kod untuk satu serangan.

Rizlaine dan ibunya ditangkap selepas dikesan oleh polis ketika melawat beberapa kawasan yang berpotensi sekitar Westminste­r dan membeli beberapa bilah pisau.

Mereka mengaku bersalah ke atas kesalahan keganasan, bersama seorang wanita keempat, teman Rizlaine, Khawla Barghouthi, 21, yang kemudian mengaku gagal untuk memaklumka­n pihak berkuasa.

Boular menafikan rancangan itu namun didapati bersalah kelmarin selepas satu perbicaraa­n.

Dean Haydon, pegawai kanan polis pencegah keganasan di Britain, berkata rancangan itu “melibatkan sebuah keluarga dengan niat membunuh, kumpulan pengganas semua wanita yang pertama di UK berkaitan dengan IS”.

Tambah beliau: “Semua tiga wanita itu dipenuhi kebencian dan ideologi toksik serta bersungguh-sungguh untuk melakukan serangan pengganas. Sekiranya mereka berjaya, ia mungkin akan mengakibat­kan orang ramai terbunuh atau mengalami kecederaan serius.”

Rizlaine, ibunya dan rakan mereka akan dijatuhkan hukuman pada 15 Jun, walaupun tarikh masih belum ditetapkan bagi pelaksanaa­n hukuman terhadap Boular. — AFP

 ??  ?? MINA DICH
MINA DICH
 ??  ?? SAFAA BOULAR
SAFAA BOULAR
 ??  ?? RIZLAINE
RIZLAINE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia