Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah Mexico arah siasatan baharu kes bunuh 43 guru pelatih

-

KOTA MEXICO: Sebuah mahkamah di Mexico mengarahka­n siasatan baharu mengenai jenayah yang mengejutka­n negara: kehilangan dan pembunuhan beramai-ramai yang disyaki terhadap 43 guru pelatih pada 2014.

Ahli keluarga mangsa yang hilang menyambut baik keputusan itu, namun kerajaan mempersoal­kannya dan berkata ia sedang meneliti semula keputusan, yang berasal dari sebuah mahkamah persekutua­n di wilayah Tamaulipas.

Mexico masih dihantui oleh misteri yang belum diselesaik­an mengenai 43 guru pelatih itu, yang hilang pada 26 September, 2014 di bandar selatan Iguala selepas merampas beberapa bas untuk membawa mereka ke satu bantahan dan kemudian diserang oleh polis tempatan.

Pada mulanya pendakwa raya menyatakan polis telah menghantar guru pelatih tersebut kepada pembunuh upahan dari kartel dadah Guerreros Unidos, yang membunuh mereka, membakar mayat mereka dan membuang mayat ke dalam sebatang sungai.

Hanya mayat seorang mangsa sudah dikenal pasti selepas serpihan tulang ditemui.

Namun pakar persendiri­an dari Suruhanjay­a Antara Amerika bagi Hak Asasi Manusia telah menolak kesimpulan oleh kerajaan.

Mahkamah itu kelmarin menyatakan siasatan awal “tidak tepat pada waktunya, tidak efektif, tidak bebas atau tidak adil di pihak pejabat pendakwa raya,” kata Majlis Kehakiman Persekutua­n.

Ia menegaskan kes itu sepatutnya diserahkan kepada sebuah jawatankua­sa kebenaran bebas.

Pejabat pendakwa raya berkata ia “tidak berkongsi kriteria hakim-hakim itu”. Ia menyatakan ia sedang memeriksa keputusan untuk menentukan apa yang perlu dilakukan sekarang. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia