Utusan Borneo (Sarawak)

Tulang rangka dinosaur luar biasa dijual lebih dua juta euro

-

PARIS: Tulang rangka sejenis dinosaur yang sangat luar biasa telah dijual dengan nilai lebih dua juta euro di Menara Eiffel di Paris kelmarin.

Tulang bagi apa yang saintis percayai adalah “kemungkina­n spesies baharu” ‘allosaurus’ karnivor telah ditemui semasa penggalian di Wyoming di Amerika Syarikat pada 2013.

Tulang rangka berusia 150 juta tahun, yang 70 peratus masih tidak berubah, dibeli oleh seorang pengumpul seni Perancis yang tidak menyatakan namanya, yang berjanji bahawa spesimen itu akan dipinjamka­n kepada sebuah muzium.

Pembeli tersebut “mahu ia dipamer di sebuah muzium Perancis,” pelelong Claude Aguttes memberitah­u AFP.

Dinosaur itu, yang sepanjang lebih sembilan meter dan setinggi 2.6 meter, hidup semasa lewat zaman Jurassic, jelas Eric Mickeler yang bekerja dengan rumah lelongan Aguttes.

Beliau berkata ia adalah “salah satu daripada spesiesnya” yang belum lagi ditemui.

Pakar dinosaur Eric Geneste pada mulanya memberitah­u AFP ia adalah mustahil untuk “mengklasif­ikasikan tulang rangka itu sebagai allosaurus” kerana ia adalah lebih teguh, “dengan tulang bahunya yang lebih panjang dan jumlah gigi yang berlainan”.

“Malah terdapat banyak perbezaan antara ia dan seekor allosaurus seperti mana seorang manusia dan seekor gorila,” tambah beliau.

Pembida menerusi panggilan telefon dari Jepun dan Sweden turut cuba membeli dinosaur itu, menekan bidaan sehingga mengatasi jangkaan sebanyak 1.8 juta euro.

Rumah lelongan Perancis yang sama telah menjual seekor allosaurus dikenali sebagai “Kan” dengan nilai 1.1 juta euro pada 2016.

Mickeler berkata “herbivor tidak menarik minat ahli perniagaan yang membeli dinosaur seperti mana terhadap jenis karnivor. Mereka mahu membeli haiwan karnivor seperti diri mereka sendiri.”

Sebahagian daripada hasil jualan tulang rangka oleh seorang pengumpul dari Britain akan disalurkan kepada membiayai penggalian arkeologi seterusnya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERNILAI TINGGI: Gambar menunjukka­n tulang rangka dinosaur dipamer di tingkat satu Menara Eiffel di Paris.
— Gambar AFP BERNILAI TINGGI: Gambar menunjukka­n tulang rangka dinosaur dipamer di tingkat satu Menara Eiffel di Paris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia