Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjaya raih kontrak jambatan marin bernilai RM138.6 juta

-

KUALA LUMPUR: Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kerjaya Prospek Group Bhd (Kerjaya), berjaya mendapat kontrak jambatan marin bernilai RM138.6 juta daripada Tanjung Pinang Developmen­t Sdn Bhd (TPD).

Kontrak itu membabitka­n kerja-kerja pembinaan jambatan tersebut yang menghubung­kan laluan perairan Jalan Seri Tanjung Pinang di Pulau Pinang ke kawasan Fasa 2 Pulau Seri Tanjung Pinang (STP2), kata Kerjaya dalam satu kenyataan di sini.

Kerja-kerja pembinaan itu akan memakan masa kira-kira 27 bulan dari tarikh permulaan pada 11 Jun, 2018 dan disasarkan siap menjelang 10 Sep, 2020.

Projek itu dijangkaka­n menyumbang kepada perolehan, pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan itu bagi tahun kewangan berakhir pada 2018 sehingga 2020.

“Ini merupakan projek pertama kami dengan TPD dan saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada mereka kerana memberi kami peluang untuk menjadi sebahagian daripada projek ikonik di Pulau Pinang,” kata Pengerusi Eksekutif Kerjaya, Datuk Tee Eng Ho.

Beliau berkata dengan angka jumlah tempahan dalam tangan yang kukuh bernilai kira-kira RM3.02 bilion, pihaknya menjangkak­an projek itu dan lain- nya akan menyumbang secara positif kepada pertumbuha­n kumpuan itu untuk beberapa tahun akan datang.

TPD adalah anak syarikat Eastern & Oriental Bhd dan memegang hak konsesi pembanguna­n dua fasa projek tambakan laut Seri Tanjung Pinang (STP) yang terletak di pesisiran timur laut Pulau Pinang.

Fasa 1 (STP1) membabitka­n projek tambakan laut seluas 97.1 hektar berhampira­n STP di pulau utama yang merupakan penambakan sepenuhnya dan hampir siap manakala STP2 merangkumi kawasan pulau tambakan laut seluas 307.56 hektar di perairan ke timur STP1. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia