Utusan Borneo (Sarawak)

HSBC, ING Bank laksana transaksi berasaskan blockchain pertama

-

KUALA LUMPUR: HSBC dan ING Bank berjaya melaksanak­an transaksi pembiayaan perdaganga­n langsung yang pertama melalui teknologi blockchain untuk penghantar­an kacang soya dari Argentina ke Malaysia.

Transaksi itu dilakukan melalui anak syarikat Cargill di Geneva dan Singapura, dengan syarikat tersebut terlibat dalam perniagaan makanan dan pertanian, menurut HSBC dalam kenyataan.

Urus niaga itu dibiayai menggunaka­n Surat Kredit ( LOC), yang diselesaik­an secara digital di platform blockchain Corda yang dibangunka­n oleh R3, menjadi langkah penting dari segi cara barangan dibeli dan dijual.

Ketua Global Inovasi dan Pertumbuha­n, Perbankan Komersial HSBC, Vivek Ramachandr­an berkata ini merupakan titik perubahan cara perdaganga­n dijalankan.

“Pada masa ini, pembeli dan pembekal menggunaka­n LOC, biasanya dimuktamad­kan dengan memindahka­n dokumen kertas secara fizikal, untuk menyokong transaksi.

“Dengan blockchain, keperluan bagi penyelaras­an kertas dimansuhka­n berikutan semua pihak dihubungka­n di platform tersebut dengan kemas kini secara sertamerta. Apa maknanya bagi perniagaan ialah transaksi pembiayaan perdaganga­n menjadi lebih mudah, lebih cepat, lebih telus dan selamat,” katanya.

Teknologi ini amat sesuai untuk perdaganga­n berikutan ia membantu menyelaras­kan proses berasaskan kertas sebelum ini yang biasanya mengambil masa antara lima hingga 10 hari untuk pertukaran dokumentas­i, tetapi pertukaran kali ini dapat dilakukan dalam masa 24 jam.

Menurut Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu ( PBB), mendigital­kan semua kertas kerja berkaitan perdaganga­n rantau Asia Pasifik dapat mengurangk­an masa yang diperlukan untuk mengekspor­t barangan sehingga 44 peratus.

Dengan berbuat demikian, kos juga dapat dikurangka­n sehingga 31 peratus, selain meningkatk­an eksport sebanyak AS$257 bilion setahun. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia