Utusan Borneo (Sarawak)

Invest Selangor optimis capai sasaran pelaburan RM12 bilion

-

SHAH ALAM: Invest Selangor Berhad (Invest Selangor), optimis mampu mencapai sasaran pelaburan keseluruha­n berjumlah RM12 bilion tahun ini meskipun kemasukan pelaburan ke negeri itu pada suku pertama tahun ini agak perlahan, kata Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Hasan Azhari Idris.

Beliau bagaimanap­un berkata, momentum untuk pelaburan Selangor masih kekal baik, sekaligus berada di landasan tepat bagi mencapai angka berkenaan menjelang hujung tahun ini.

“Suku pertama tahun ini agak perlahan (berhubung aliran masuk sektor pembuatan)… diharap pada setengah tahun kedua pelaburan yang masuk lebih agresif,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurn­akan Majlis Prapelanca­ran ‘Selangor Industrial Ride 2.0’ di perkaranga­n pejabat Invest Selangor di i-City, di sini, semalam. Hasan berkata, daripada jumlah RM12 bilion itu, pelaburan bernilai RM7 bilion dijangka datang daripada sektor perkilanga­n merangkumi pelaburan langsung asing dan pelaburan langsung domestik, manakala RM5 bilion lagi daripada sektor perkhidmat­an.

Katanya, Invest Selangor memfokuska­n kepada lima kluster utama untuk menarik pelaburan iaitu elektrikal dan elektronik; makanan dan minuman; peralatan dan jentera; sains hayat serta peralatan pengangkut­an.

Beliau berkata, Invest Selangor akan terus agresif dalam mempromosi­kan peluang pelaburan yang ditawarkan Selangor kepada pelabur di luar negara termasuk menyertai Farnboroug­h Internatio­nal Air Show pada Julai ini di London.

Mengenai acara ‘Selangor Industrial Ride 2.0’, beliau berkata, seramai 1,000 peserta daripada pelbagai latar belakang disasar menyertai acara kayuhan berbasikal sejauh 25 kilometer yang diadakan dengan kerjasama Kelab Rekreasi Invest Selangor.

Katanya, majlis pelancaran ‘Selangor Industrial Ride 2.0’ akan diadakan pada 15 Julai ini di Sony EMCS (M) Sdn Bhd di Bangi, Selangor, yang bertujuan meningkatk­an tahap kesihatan peserta selain mempromosi­kan kawasan Bangi sebagai hub perindustr­ian.

“Tahun ini, kayuhan berbasikal agak mencabar sebab ada laluan berbukit yang perlu ditempuhi.

“Setakat ini, seramai 583 peserta sudah mendaftar untuk program ini yang diadakan buat kali kedua dan kami yakin lebih ramai peserta akan mendaftar selepas sambutan Aidilfitri ini,” katanya yang menambah seramai 11 penaja memberikan sokongan kepada program itu setakat ini. — Bernama KUALA LUMPUR: Sedania Innovator Bhd melaporkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM23,000 bagi suku pertama (Q1) yang berakhir pada 31 Mac 2018, berbanding RM493,000 pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia kelmarin, syarikat teknologi itu juga mengumumka­n pendapatan Q1 jatuh kepada RM5.86 juta daripada RM6.68 juta sebelumnya, sebahagian besarnya disebabkan sumbangan hasil yang lebih rendah daripada platform perkongsia­n masa siaran serta segmen penyelesai­an teknologi hijau.

“Dengan selesainya pengambila­lihan Sedania As Salam Capital pada 2017, syarikat telah memperluas­kan penawaran perkhidmat­annya ke dalam penyediaan teknologi kewangan, selain platform perkongsia­n sedia ada, penyelesai­an teknologi hijau serta Internet Perkara.

“Walaupun keadaan pasaran terus mencabar, kumpulan merancang meningkatk­an hasil tahun ini dengan terus mencari peluang baharu untuk meningkatk­an aliran hasil berulang dan mencari pertumbuha­n perniagaan baru dengan memanfaatk­an penerokaan perniagaan dengan rakan strategik,” tambahnya.

Sedania berkata, prospek untuk perniagaan kumpulan dijangka kekal positif bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia