Utusan Borneo (Sarawak)

Bayaran dibuat berdasar tempoh, bukan berdasarka­n kerja progresif

-

KUALA LUMPUR: ‘ Fail Merah’ telah membongkar satu lagi skandal bernilai RM9.4 bilion yang dipercayai berlaku semasa pentadbira­n kerajaan sebelum ini, kata Kementeria­n Kewangan semalam.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER), anak syarikat milik penuh MoF, terlibat dalam skandal RM9.4 bilion yang dikaitkan dengan projek Saluran Paip Pelbagai Produk ( MPP) dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah ( TSGP) yang diluluskan Kabinet pada 27 Julai 2016.

“Skandal RM9.4 bilion, di mana bayaran dibuat berdasarka­n tempoh dan bukan berdasarka­n kerja progresif yang dilaksanak­an, telah menyebabka­n RM8.3 bilion dibayar atau 88 peratus daripada nilai keseluruha­n projek walaupun hanya 13 peratus siap dilaksana,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Skandal ini ditemui dalam Fail Merah dan disyaki ada kaitan dengan 1Malaysia Developmen­t Bhd.

Fail Merah hanya boleh diakses oleh pihak tertentu dan telah menghalang pegawai dan juruaudit daripada menjalanka­n tanggungja­wab dengan integriti.

Oleh itu, kerajaan, jika perlu, akan meminta bantuan kerajaan China untuk membantu mengesan aliran dana di China, untuk menyiasat kemungkina­n pengubahan wang haram, kata Lim.

Untuk rekod, MPP melibatkan saluran paip petro- leum pelbagai produk sepanjang 600 kilometer yang menghubung­kan Melaka dan Port Dickson ke Jitra, Kedah, dengan kos CNY4.53 bilion dan RM2.53 bilion, atau kira-kira RM5.35 bilion.

TSGP pula akan membina saluran paip gas 662 kilometer dari Terminal Gas Kimanis ke Sandakan dan Tawau, dengan kos CNY3.08 bilion dan RM2.14 bilion, atau kira-kira RM4.06 bilion.

Kedua-dua projek bernilai RM9.41 bilion itu telah diberikan kepada Biro Saluran Paip Petroleum China (CPPB) pada 1 November 2016. Perjanjian itu ditandatan­gani Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah, yang juga Pengerusi SSER. Tan Sri Irwan meletak jawatan pada 23 Mei 2018.

SSER berjaya memperoleh pembiayaan dari China EXIM Bank berjumlah 85 peratus daripada nilai projek pada 22 Mac 2017. Baki 15 peratus daripada dana yang diperlukan akan dikumpul melalui terbitan sukuk.

Kedua-dua pinjaman China EXIM Bank dan sukuk itu diperolehi dengan Jaminan Kerajaan Persekutua­n.

Semasa taklimat yang diberikan kepada pegawai Perbendaha­raan pada 28 Mei 2018, SSER melaporkan bahawa projek tiga tahun itu telah dimulakan pada April 2017, kata MOF.

Pada akhir Mac 2018 atau satu tahun kemudian, projek MPP dan TSGP hanya masing-masing mencapai 14.5 peratus dan 11.4 peratus siap. Bagaimanap­un, kadar penyiapan belum disahkan atau diaudit.

“Bagaimanap­un, kami terperanja­t mendapati sejumlah RM4.71 bilion dan RM3.54 bilion untuk projek MPP dan TSGP telah dibayar kepada CPPB,” tambah Lim.

Jumlah wang yang dibayar sebanyak RM8.25 bilion itu merupakan 87.7 peratus daripada jumlah nilai projek.

Menurutnya, bayaran dibuat walaupun kadar purata projek yang disiapkan hanya 13 peratus, dengan kontrak dua tahun lagi.

“Kami telah mendapati bahawa jadual pembayaran bagi kontrak di atas adalah hampir keseluruha­nnya berdasarka­n tempoh dan bukan pada kemajuan kerja yang progresif. Lebih buruk lagi, berdasarka­n perjanjian yang ditandatan­gani, 85 peratus daripada nilai projek akan dibayar pada 1 Mac 2018.

“Ia belum termasuk dua perjanjian perundinga­n yang ditandatan­gani untuk projek yang sama bernilai kira-kira RM312 juta dan RM213 juta, dan perjanjian penyelengg­araan bernilai RM476 juta yang diberikan kepada syarikat dari China, berjumlah RM1 bilion lagi, kata Lim.

Kontrak terlibat telah dirundingk­an oleh Jabatan Perdana Menteri, tanpa melibatkan pegawai Perbendaha­raan.

Pejabat Peguam Negara juga mengesahka­n bahawa kontrak- kontrak ini telah ditandatan­gani walaupun banyak soalan yang tidak terjawab dan ada tanda wujudnya masalah.

“Saya dimaklumka­n oleh pegawai Perbendaha­raan bahawa SSER berkait rapat orang yang sama di belakang SRC Internatio­nal, bekas anak syarikat 1MDB. SRC adalah singkatan daripada Strategic Resources Corporatio­n, nama yang hampir sama dengan SSER,” kata kenyataan itu.

Menurut Lim, kontrak untuk SSER juga ditandatan­gani pada masa yang sama dengan kontrak untuk projek Laluan Keretapi Pantai Timur oleh Irwan Serigar dan dibiayai oleh China EXIM Bank.

Harus diingat bahawa Presiden SSER ialah Datuk Mohammed Azhar Osman Khairuddin, yang juga anggota Lembaga Pengarah syarikat berkenaan.

Mohammed Azhar juga merupakan Pengarah Putrajaya Perdana Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mempunyai kaitan langsung dengan Low Taek Jho.

“Berdasarka­n urus niaga yang sangat mencurigak­an di atas, saya telah mengarahka­n pegawai-pegawai saya untuk membuat laporan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia minggu lepas,” tambah Lim.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah diberi taklimat mengenai skandal tersebut. Di samping itu, Kementeria­n Kewangan sebagai pemilik tunggal SSER akan mengambil langkah-langkah untuk mengambil alih syarikat itu sementara menunggu siasatan, kata menteri tersebut. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TAKLIMAT: Loke (kanan) bercakap kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan yang dipengerus­ikan oleh Tun Daim Zainuddin di Menara Ilham di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama TAKLIMAT: Loke (kanan) bercakap kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan yang dipengerus­ikan oleh Tun Daim Zainuddin di Menara Ilham di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia