Utusan Borneo (Sarawak)

BRO mahu kerajaan tetapkan SST pada kadar rendah

-

KUALA LUMPUR: Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) perlu diperkenal­kan semula pada kadar rendah untuk mendorong pematuhan dalam kalangan perniagaan, kata Naib Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO) Datuk Wira Ameer Ali Mydin.

Beliau mencadangk­an kadar SST antara tiga dan empat peratus, lebih rendah daripada 10 peratus yang sebelum ini dilaksanak­an kerajaan.

“Kadar SST tidak sepatutnya tinggi kerana sistem pencukaian lama 10 peratus, dan kemudian enam peratus (Cukai Barang dan Perkhidmat­an – GST) telah menyebabka­n berlakunya ketirisan dan peningkata­n harga.

“Bagi peniaga, jika kadar terlalu tinggi, mereka cenderung untuk tidak membayar kadar itu,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat dengan Majlis Penasihat Kerajaan di sini, semalam.

Ameer Ali yang juga Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd berkata berasaskan pematuhan cukai yang lebih baik, kerajaan dapat mengumpul hasil yang disasarkan bagi jangka panjang.

Sebelum ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumka­n GST dimansuhka­n berkuat kuasa 1 Jun dan digantikan dengan SST mulai 1 September, 2018.

Ketika ditanya mengenai jutaan pelaburan oleh Mydin bagi melaksanak­an Sistem Perakaunan Berkanun (SAP) sedia GST, beliau berkata “apa yang telah berlaku, biarkan ia berlalu.”

Mydin telah melabur sejumlah RM20 juta untuk berubah kepada sistem SAP.

“Kami berharap bagi SST mereka akan menggunaka­n sistem hibrid dengan mekanisme semasa, oleh yang demikian kami tidak perlu mengubah sistem itu memandangk­an SAP adalah sistem yang sangat baik,” katanya.

Mengulas mengenai janji kerajaan untuk menaikkan gaji minimum kepada RM1,500 sebulan seperti dalam manifeston­ya, Ameer Ali berkata daripada perspektif runcit, persatuan itu tidak mempunyai sebarang halangan.

“Peruncit bergantung kepada pendapatan boleh guna, jika ia lebih tinggi, sudah tentu akan membantu mereka namun kita juga tidak mahu memberi kejutan kepada industri.

“Sudah tentu perlu ada kenaikan kerana tidak dinafikan gaji di Malaysia adalah sangat rendah, justeru itu kita boleh naikkan dengan sewajarnya,” katanya.

Ameer Ali berkata kuantum kenaikan seharusnya perlu lebih tinggi daripada inflasi, jika sebaliknya ia tidak akan wujud pendapatan boleh guna sebenar. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HADIRI MESYUARAT: Ameer Ali menghadiri Mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan yang dipengerus­ikan oleh Tun Daim Zainuddin di Menara Ilham di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama HADIRI MESYUARAT: Ameer Ali menghadiri Mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan yang dipengerus­ikan oleh Tun Daim Zainuddin di Menara Ilham di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia