Utusan Borneo (Sarawak)

RHB Insurance sasar premium RM5 juta

-

KUALA LUMPUR: RHB Insurance Bhd, penyedia insurans am bagi pelanggan runcit dan korporat, menyasarka­n premium sebanyak RM5 juta daripada 10,000 pemegang polisinya dalam tempoh 12 bulan akan datang dengan memanfaatk­an pelancaran aplikasi mudah alih RHB Insurans Mobile App.

Pengarah Urusannya, Kong Shu Yin berkata kumpulan itu turut menyasarka­n 10 peratus daripada jumlah premium taja jamin kasar akan disumbangk­an oleh segmen digital dalam masa 3-5 tahun.

“RHB juga berazam untuk muncul antara lima penyedia insurans utama di pasaran menjelang 2022,” katanya kepada pemberita di majlis pelancaran aplikasi itu di sini, semalam.

Menurut Kong, pada masa ini, RHB Insurance merupakan syarikat insurans ke-10 terbesar di Malaysia dengan bahagian pasaran premium langsung kasarnya mencecah 4.3 peratus.

“Kami adalah antara 10 syarikat insurans utama bagi kebakaran dan lima syari- kat insurans utama untuk perlindung­an kesihatan dan perubatan.

“Bagi tempoh suku keempat berakhir 31 Dis, 2017, segmen insurans kenderaan kami kekal menjadi penyumbang terbesar dengan meliputi 33 peratus daripada jumlah premium kasar,” katanya.

Selain itu Kong berkata aplikasi mudah alih baharu itu membolehka­n pengguna mendapatka­n insurans kenderaan, perkhidmat­an akses bantuan auto sepanjang masa serta memperbaha­rui cukai jalan masing-masing.

“Kami yakin RHB Insurance Mobile App ini akan menjadi pemangkin dalam mengubah cara pelanggan membeli dan memantau insurans mereka serta pembaharua­n cukai jalan dengan hanya menggunaka­n aplikasi tunggal.

“Ini sejajar dengan program transforma­si digital kami yang menumpukan kepada usaha pelaksanaa­n transaksi nilai tambah selain dapat memperkasa­kan lagi pelanggan kami,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia