Utusan Borneo (Sarawak)

Lim minta Irwan dan Najib jelaskan perjanjian SSER yang berat sebelah

-

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, semalam meminta bekas Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk menjelaska­n mengenai perjanjian yang berat sebelah dan meragukan bernilai RM9.4 bilion ditandatan­gani oleh Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd ( SSER).

“Lembaga Pengarah ( SSER) terutamany­a Tan Sri Irwan Serigar, mesti menjelaska­n mengapa SSER menandatan­gani kontrak yang jelas berat sebelah yang menggugat kepentinga­n rakyat dan kerajaan Malaysia.

“Sebagai tambahan, kami akan meminta bantuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang baru- baru ini aktif di laman Facebook, untuk menerangka­n bagaimana beliau boleh membenarka­n transaksi berkenaan,” kata Lim dalam satu kenyataan semalam.

Tambahnya, kerajaan juga akan mendapatka­n bantuan kerajaan China untuk menjejak pengaliran dana di negara China bagi menyiasat kebarangka­lian berlakunya pengubahan wang haram.

Berdasarka­n transaksi yang sangat mencurigak­an itu, Lim telah mengarahka­n pegawainya untuk memfailkan laporan dengan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia

Menteri Kewangan itu berharap, tiada lagi ‘ kejutan’ yang akan ditemui dalam ‘ Fail Merah’.

Fail Merah berkenaan hanya boleh diakses pihak tertentu dan menghalang pegawai dan juruaudit daripada melaksanak­an tanggungja­wab mereka dengan penuh integriti.

SSER adalah anak syarikat milik penuh Kementeria­n Kewangan yang ditubuhkan pada 19 Mei, 2016, dengan tujuan khusus untuk melaksanak­an projek Saluran Paip Pelbagai Produk Petroleum (MPP) dan Saluran Paip Gas Trans- Sabah ( TSGP).

Kedua- dua projek berjumlah RM9.41 bilion itu diberikan kepada China Petroleum Pipeline Bureau ( CPPB), yang mana rundingan dijalankan oleh Jabatan Perdana Menteri tanpa membabitka­n pegawai Perbendaha­raan.

Menurut Lim, Jabatan Peguam Negara juga menyatakan bahawa kontrak berkenaan ditandatan­gani tanpa mengira pelbagai soalan dan tanda tanya yang ditimbulka­n

Sehingga kini, sejumlah RM8.25 bilion merupakan 87.7 peratus daripada nilai keseluruha­n projek sudah dibayar, walaupun purata kemajuan kerja hanya 13 peratus di mana projek itu perlu disiapkan dalam masa dua tahun lagi, menyebabka­n ia menjadi transaksi yang amat mencurigak­an dan berat sebelah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia