Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK MUNGKIN REHATKAN RAMESH

Ini berikutan pemain berpengala­man itu alami kecederaan hidung ketika menjalani latihan

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Pemain pertahanan Sarawak, Ramesh Lai berdepan kemungkina­n direhatkan pada perlawanan Liga Premier menentang MISC-MIFA di laman lawan pada 9 Jun (Sabtu ini).

Ini berikutan pemain berpengala­man itu mengalami kecederaan hidung ketika menjalani latihan di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini.

Pengurus skuad Sarawak, Awang Mahyan Awang Mohamed ketika mengesahka­n perkara itu memberitah­u situasi terbaharu itu meletakkan Sarawak dalam keadaan sukar dalam misi mereka untuk meraih mata pada perlawanan berlangsun­g di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

“Kita masih menilai kecederaan Ramesh, jika keadaannya masih tidak mengizinka­n beliau terpaksa diketepika­n pada perlawanan menentang MISCMIFA nanti,” katanya di sini semalam.

M e n u r u t A w a n g Mahyan, situasi itu agak mengecewak­an kerana Sarawak berhasrat untuk menurunkan barisan terbaik menghadapi pihak lawan yang sukar.

Bagaimanap­un, beliau tetap menaruh kepercayaa­n di bahu barisan pemain simpanan yang ada untuk menggalas tanggungja­wab tersebut.

Katanya, beliau akan berbincang dengan Ketua Jurulatih, Ian Andrew Gillan bagi meconggakk­an strategi berbeza untuk menangani masalah itu sambil mem- beri bayangan kesebelasa­n utama juga sedikit berubah mengikut kesesuaian yang diperlukan.

“Kita masih mempunyai beberapa pemain simpanan yang berkeboleh­an untuk mengambil alih tugas Ramesh dan perlawanan ini cukup penting dan kalau boleh kita tidak mahu keciciran mata,” katanya.

Sarawak kini menghuni tangga ketujuh dengan mengutip 15 mata hasil empat kemenangan dan tiga kali seri daripada 13 perlawanan yang diharungi setakat ini.

Kita masih menilai kecederaan Ramesh, jika keadaannya masih tidak mengizinka­n beliau terpaksa diketepika­n pada perlawanan menentang MISC-MIFA nanti.

Awang Mahyan Awang Mohamed Pengurus Sarawak

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? CEDERA: Ramesh (kanan) kemungkina­n direhatkan pada perlawanan menentang MISC-MIFA di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Sabtu ini.
CEDERA: Ramesh (kanan) kemungkina­n direhatkan pada perlawanan menentang MISC-MIFA di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Sabtu ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia