Utusan Borneo (Sarawak)

POLIS BERJAYA BERKAS SUSPEK ROMPAK KEDAI 24 JAM

-

SIBU: Seorang lelaki ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes rompak di sebuah kedai 24 jam di Jalan Foochow pada 2 Jun lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superinten­den Martin Koo berkata, suspek berumur 25 tahun itu yang berasal dari Mukah, berjaya dikesan dan ditangkap di Jalan Kampung Nyabor dua hari selepas kejadian itu.

“Pihak polis berjaya menahan suspek malam kelmarin selepas pihak polis menjumpai sebuah motosikal yang diparkir di hadapan sebuah bangunan di pusat bandar kira-kira 24 jam selepas insiden itu,” katanya lanjut.

Menurut beliau, hasil semakan ke atas nombor pendaftara­n plat motosikal itu menyamai gambaran yang dimaklumka­n pengadu.

Menurut Martin, suspek merupakan pemilik motosikal tersebut.

Dalam kejadian jam 7.15 malam Sabtu lalu, pengadu, 19, yang merupakan pembantu kedai 24 jam tersebut telah didatangi seorang lelaki yang memakai topi keledar berpenutup penuh.

“Suspek berpura-pura hendak membeli kad tambah nilai prabayar sebelum mengeluark­an pisau lipat dan bertindak merompak pengadu,” katanya.

Katanya, suspek mengambil wang berjumlah RM1,300 dan 20 keping pelbagai kad tambah nilai prabayar yang disimpan dalam laci kaunter.

Suspek kemudian melarikan diri tanpa mencederak­an pembantu kedai.

“Suspek terus melarikan diri bersama seorang lagi rakan yang sudahpun menunggu tidak jauh dari situ, namun pengadu sempat mencatat nombor plat motosikal yang digunakann­ya,” katanya.

Anggaran kerugian yang dialami adalah RM1,500.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan kerana merompak dengan senjata,” tambahnya.

 ??  ?? DIRAMPAS: Motosikal yang dipercayai digunakan suspek ketika merompak kedai 24 jam pada 2 Jun lalu.
DIRAMPAS: Motosikal yang dipercayai digunakan suspek ketika merompak kedai 24 jam pada 2 Jun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia